Friday, May 8, 2009

Ini Harta Ahmad Albab Yang Punya.

9 beradik berkumpul di rumah aku semalam, selepas selesai bicara pembahagian harta allahyarhamah nenek mengikut hukum faraid di mahkamah.

Pada dasarnya, semua berjalan lancar. Malahan mendapat pujian dari pihak mahkamah kerana semua pihak dapat menghadirkan diri, duduk bergelak ketawa dan ada sesi bergambar 9 beradik di luar perkarangan mahkamah sebelum perbicaraan dimulakan. Sidang perbicaraan juga begitu. Pukul 9 start, pukul 10.15 dah balik. Kalau keluarga-keluarga lain, muka masam sampai tak boleh nak diubat-ubat.

Calm before the storm, bak kata omputeh.

Aku baru siapkan air minum bila abang emak aku, Pak Z mengajak 4 beradik yang menuntut harta berkumpul untuk berdikusi. [ lagi 5 orang tidak menuntut bahagian mereka dan diserahkan kepada emak aku dan makcik aku. nenek aku cuma ada 2 orang anak perempuan ] Mulanya semua ok. Tapi bila Pak Z dah start banyak songeh, cuba bersikap tamak [ di mata semua orang ], 8 adik beradik lain dah fed up. Ada ke suka-suka nak suruh potong nama adik nenek aku, Tok Busu dari geran [ ada 3 nama dalam geran tanah nenek ]. Dia mahu bolot semua. Dia mahu usahakan. Dia marah bila orang lain bangkang. Dia tuduh orang lain tak tahu tentang enterpreneurship. Pandang orang takde mata.

Kata semuanya messy. Geran complicated. Orang-orang tua dulu bodoh tak pandai uruskan harta.

Dari dalam dewan mahkamah lagi dah memekak. Dia kata " I never know that mother had so much money!" Mata bersinar.

Siap keluarkan hadis tentang hak menuntut dan agihkan harta.

Jangan cakap tentang hak dengan aku. Kau tak pernah laksanakan hak kau. Dari nenek sihat ke terlantar sakit sampai la nenek meninggal, berapa kali kau jenguk nenek? Ada kau ambil tahu pasal nenek? Sejak arwah atuk meninggal, berapa kali kau jejak kak kau kat tanah dan rumah pusaka tu? Berapa sen kau hulur duit ke nenek buat belanja tiap-tiap bulan? Ada kau telefon tanya khabar mak kau? Kalau nak ikut hak, hak kau sebagai anak lelaki adalah bela emak kau. Jaga makan pakai sakit pening dia.

Kau berjalan anak beranak keliling dunia. Bercuti berbulan-bulan kat Europe. Main golf kat overseas. Tak standard kat Malaysia. Bawak kereta menjalar-jalar. Rub shoulders with the rich and famous.

Ye la, kau liga lain.

Kau sedar tak, orang-orang yang kau kata bodoh tu la asal usul kau. Takde diorang, takde la kau. Kasi duit jarang sekali, tapi bila time pembahagian harta kau paling kecoh nak tuntut duit nenek. Kau balik kampung jarang nak mampos, jejak kaki kat rumah pusaka jauh sekali. Tak pernah ambik pusing pasal hal nenek, pengurusan aset-aset nenek. Tapi berapi-api tuntut tanah.

Jangan kau berani sebut pasal hak. Jangan sesekali.

Syukurlah adik-beradik yang lain malas nak panjangkan isu. Fikir taknak putuskan tali darah, walaupun tak rapat mana.

Takde harta susah, ada harta pun susah.

1 comment:

Anonymous said...

sebenarnya, dia tu kurang kesedaran sivik. dia selalu ponteng kelas Pendidikan Moral time sekolah rendah. tu yang jadi macamtu.