Petang semalam aku dilanda kebosanan yang amat sangat. Aku mengambil keputusan untuk pulang ke kampung.
Sampai-sampai aku tengok atok aku tengah mesin rumput. Apa lagi, aku pun berduet la bersama-sama. Tolong karuk rumput dan buang ke tempat yang sepatutnya. Karuk punya karuk, aku terdengar bunyi mesin yang tidak kurang hebatnya berbanding mesin kepunyaan atok aku dari rumah sebelah.
Aik? Kampung aku ni dah gazettekan hari khusus untuk potong rumput ke? Semua orang pakat karuk mengaruk.
Ternyata mengaruk rumput di kawasan seluas 1/2 ekar lebih penat dari ikut body combat selama 1 jam, atau ikut RPM back to back.
Selesai mengaruk, aku dan adik sedara bermain badminton. Aku jeling rumah sebelah. Aik? Diorang pun sama main badminton rupanya. Apa kehalnya kampung aku ni?
Aku tak tahan.
Petang tu aku kena titik dengan budak darjah 5 dan darjah 4. Menang tipis ke atas budak darjah 2. Damn.
Aku tak puas hati. Tak kira. Hari ni kena repeat gak.
Thursday, April 30, 2009
Wednesday, April 29, 2009
Aku Penjenayah Part 1
Ada orang rasa hairan, takjub dan ujub dengan diri sendiri sebab dicium dan dipeluk oleh nenek tunangnya semasa majlis pertunangan.
Dah tu kau nak apa? Penampar?
Bodoh.
----------------------------------------------------------------------
Aku adalah insan yang sebenarnya tidak boleh diharap.
But still, orang masih percayakan aku dan mahu aku menggalas tanggungjawab. Dari kecik dah macam tu. Darjah 1 aku jadi ketua darjah. Darjah 2 aku jadi penolong, lepas tu Cikgu Hani suruh aku jadi konduktor orkestra sekolah ( yang terdiri dari pemain seruling, kerincing, kayu tik-tok, klarinet, dan lain-lain ). Apa kejadahnya? Aku bukannya reti baca note taugeh tu. Ujian muzik pun fail memanjang. Banyak lagi la jawatan yang aku pegang sepanjang sekolah rendah. Paling dahsyat, aku jadi headgirl masa darjah 6. Perggghhh!! Aku bukannya buat kerja pun. Mengarah pun tidak. Bantai korang la nak buat apa. Aku lebih yakin mengendalikan tampuk kekuasaan seperti tu. Kalau orang bawah senang hati dengan kita, nescaya dia akan hormat dan dengar kata kita. Aku pun selalu bersekongkol dengan rakan-rakan. Panjat pokok mangga sekolah la, ponteng kelas tambahan la, bergaduh la.
Mungkin aku dapat kepercayaan sebab orang-orang sekolah kenal mak ayah aku. So? Kau ingat mak ayah aku terpercaya, aku pun sama la ye? Ia tak dapat diwarisi la baii.. ( mcm lagu 'Iman Mutiara kumpulan Hairan la pulak)
Aku sebenarnya penjenayah kat sekolah. Hati busuk. Team bola sepak kelas aku kalah masa liga post-UPSR pun aku angin bila bebudak kelas lain kutuk. Aku mark sapa yang kutuk paling kuat. Hasilnya, sorang budak tu tayar basikal dia pancit, pastu basikal dia diterbalikkan. Yang sorang lagi free-free je dapat tittle 'anak angkat babi' pastu aku conteng nama dia berserta tittle tersebut kat public phone. Pastu kebetulan 'anak angkat babi' tu mak ayah dia tokey kantin sekolah. Silap besar la. Malam tu jugak aku cari cicak, nak letak dalam sup nasi ayam mak dia. Style mak dia, kalau hari jual nasi ayam, mak dia akan letak periuk sup atas meja tepi kaunter. Time aku nak letak cicak tu la elok pulak ada atuk jual kuih kat meja tu. Sebelum-sebelum ni tak pernahnya wujud. Bengang aku.
Belum masuk lagi kes aku nak racun kebun sayur sekolah hasil usaha Cikgu Kong (cikgu matematik) sebab aku bengang dia bantai aku gara-gara lupa suruh ayah aku sign kertas ujian. Kan dulu-dulu ada cop yang tulis 'Sila lihat kemajuan anak tuan/puan' pastu mak ayah kena tandatangan. Aku dapat perfect score pun takde timbang rasa. Entah ke mana hilang kewarasan dia. Tapi untuk melampiaskan rasa dendam kesumat, aku pun berlari di jalan raya di samping kebun sayur kesayangannya sambil menjerit " Kong gaayyyyyyy!!!!".
Puas.
Sekolah menengah pun nasib aku tak berubah. Form 1 aku kena berdiri kat sudut kelas time Maths gara-gara Cikgu Foadi tuduh aku bercakap masa dia mengajar.
"Azwa, nah amek ni pastu mengajar kat depan," kata Cikgu Foadi sambil menghulurkan rotan kontotnya ke aku. Aku blank.
" Apsal cikgu?"
" Kamu cakap apa dengan Fizah tadi?"
" Saya tak cakap cikgu. Dia tunjuk saya benda pastu saya angguk je la."
" Oooo.. Menjawab ye," kata Cikgu Foadi sambil mengacu-acukan rotan kontotnya ke arah aku.
" Saya bukan menjawab cikgu. Saya cuma menerangkan je," balas aku. Dan-dan dia jerkah aku kata aku kurang ajar pastu suruh aku join Bhavik yang memang dah sedia berdiri kat sudut kelas sebelum itu sebab bercakap.
" Pergi berdiri sana dengan puak-puak kamu tu!!"
Kurang ajar ke aku buat macam tu?
Form 2 satu kelas aku kena sebat sebab main perang-perang baling kek masa farewell party kawan aku yang nak pindah. Tapi aku tak kena sebat, malahan disuruh melaporkan sapa yang terbabit dalam insiden tu. Depan kawan-kawan pulak tu. Macam sial je Cikgu Balakrishnan penyelia petang tuh. Memang aku tak report la. Gila nak jadi pengkhianat kawan-kawan? Tapi kitorang sume gentle mengaku sendiri, dan aku tetap tak kena sebat. Diskriminasi mungkin? Aku campak beg sekolah budak atas bumbung sekolah. Kena kejar dengan cikgu disiplin sebab main roller-blade dalam court tennis. Aku pecahkan stink bomb dalam kelas. Aku pernah jadi tukang kebun sekolah isi tanah dalam beg politena hitam pastu kena jemur tengah panas sebab ponteng kelas tambahan PMR.
Hasilnya aku kena wakil sekolah untuk chess, sukan, kuiz, debate, choral-speaking, masa Form 4 aku dilantik jadi setiausaha badan pengawas sekolah. Tak paham aku.
Diorang ni buta ke apa?

Monday, April 27, 2009
Double Lion
Semalam ke rumah Encik Bulan. Saja jalan-jalan sambil melihat anak buahnya si Muqry. Borak punya borak dengan Encik Bulan dan mak ayah dia, terkeluar la cerita pasal kenduri kahwin. [kitorang takde masalah dalam membicarakan tentang soal nikah kahwin bersama mak ayah walaupun belajar tak habis. kitorang ni omputeh skit]
Memandangkan perkara kahwin bukanlah perkara main-main, [ sebab ianya menelan belanja berpuluh ribu ringgit walaupun untuk golongan marhaen ] kami bercadang untuk melangsungkannya sebaik mungkin tanpa menjejaskan ekonomi kami.
Kami akan menghidangkan sate dan nasi himpit berserta timun dan bawang di hari persandingan kami. Dan membancuh air sirap dengan menggunakan pewarna 'Double Lion' dengan ditambah gula dan sedikit daun pandan sebagai aroma.
Berkat dari kenduri itu pula ialah sebungkus gula-gula Hacks.
Dan kami yakin, sampai dah bercucu pun akan terus menjadi bahan umpatan dan cercaan orang.

Friday, April 24, 2009
1985
Aku pun macam manusia waras yang lain.
Ada keinginan nak beli itu ini. Ada hati nak pakai yang cantik, yang berjenama, yang mahal-mahal. Ada hati nak buat koleksi itu ini. Jam tangan la, kasut la, spender warna-warni la.
La ni teringin nak tambah koleksi jam tangan lagi. Mesti la yang berjenama. Bukan jam tangan Roscani macam dalam Perdana Ria tu.
Walaupun aku pakai mahal-mahal, berhabis duit, jalan-jalan sana sini, tapi kalau aku drive kereta Toyota Corolla tahun 1985, rasa-rasanya orang percaya tak barang-barang aku tu semuanya asli?

Thursday, April 23, 2009
Buah Apa?
Hana balik kampung alias rumah aku semalam. Abang Long aku nak jumpa supplier anak ayam kampung.
Bawa la dia pusing-pusing kelilng rumah aku.
" Hana, ni buah apa?"
" Buah fruit!"
" Bukan.. Ni buah jambu."
" Buah jambuuu.."
Sambung jalan lagi.
" Hana, ni bunga apa?"
" Bunga flaaa-wer!"
" Bukan.. Ni bunga orkid."
" Bunga orrrr-kid!"
Semasa makan malam, mak aku hidangkan buah jambu yg dipetik dari belakang rumah. Aku pun cuba menguji daya ingatan Hana.
" Hana, ni buah apa?" sambi menunjukkan buah jambu dalam piring.
" Buah JIMBONG!"
Jadi laaaa.. Kira ada huruf J, M dengan B tu kira ok lah.

Tuesday, April 21, 2009
Kenapa Ya?
Manusia bila kebosanan, fikiran akan menerawang dan berfantasi.
Tadi di PWTC menghadiri konvo abang aku, time Sang Chancellor masuk dewan, aku membayangkan dan mengharapkan dia tergolek 'dog' dan dalam hati tertanya adakah satu dewan akan ketawa terbahak-bahak ataupun diam sambi bibir terkumam-kumam.
Dan aku mahu cokmar kebesaran itu menjelma menjadi pedang Thundercat dan Sang Chancellor menjadi Cheetara.
Cheetara lari laju, tak pakai baju.
Thunder thunder thunder thunder caaaattttttttttttt!!!!

Friday, April 17, 2009
Lelaki Aneh Berbaju Ungu.
Sejak dalam departure hall lagi aku dah nampak lelaki aneh berbaju ungu itu. Pakai seluar sebesar kelambu dan pakai turban hitam bercorak keemasan di kepala. Berjalan mundar-mandir sambil berkata-kata seorang diri.
Di dalam kapal terbang, aku dapat duduk di tepi tingkap. Dan berharap tidak ada orang yang duduk di sebelah aku sebab aku nak lunjurkan kaki dan tidur sepanjang 12 jam penerbangan. Setamak-tamak aku, tamak lagi Uncle Phillip, seorang usahawan yang duduk di seat aisle sebelah aku. Dia beritahu aku dia suruh staff di check-in counter blok semua seat di kiri dan kanan dia - supaya dia boleh berbaring enak.
Keji.
Aku terus menaruh harapan yang tempak duduk di sebelah aku kosong. Tapi semuanya hancur bila aku nampak lelaki aneh berbaju ungu itu menuju ke arah aku dan melabuhkan punggungnya di sebelah aku. Damn! Aku pura-pura memaniskan muka. Lelaki aneh berbaju ungu itu bersuara, "Are you going to Bali?"
" No. I thought this plane is heading to Kuala Lumpur." Menjawab dengan suara pura-pura concern.
Dia diam. Kemudian dia bersuara lagi, " I want to go to Bali."
" Oh ok. Wonderful!" sambil tersenyum.
Dia diam lagi. Menjadi gelisah tiba-tiba.
"My name is Allister." Dengan muka serius.
" Oh hi Allister. I'm Wawa."
Suasana hening. Aku cuba melanjutkan perbualan.
"I've been to Bali. It is really a nice place. You will love it."
Diam. Dia terus gelisah sambil membelek-belek pasport di tangan dan memandang sekeliling. Silih ganti. Tertulis 'United States of America.'
Oh ok.
" Are you ok? You look restless."
" I'm fine." Dia duduk dengan kaki rapat mengepit kedua tangan di antaranya. Tunduk. Kemudian mula membuka dan merapat kaki sederasnya. Gaya orang cuak.
Uncle Phillip di sebelah menjadi tidak tenang. Lantas dia meminta aku pindah di tenpat duduk di depannya dan dia sendiri yang memindahkan barang-barang aku sambi berkata " If he does anything stupid, I would not hesitate to punch him!."
Walaupun kau tamak, tapi hati kau mulia Uncle Phillip.
Lelaki aneh berbaju ungu itu kini sendiri. Kemudian dia bangkit dan masuk ke dalam tandas. Begitu lama sehingga waktu kapal terbang berlepas dia masih di dalam. Otak aku cuma berfikir akan satu perkara - dia stone di dalam sana. Mungkin dia dah pengsan.
Namun tidak lama kemudian dia keluar. Terus berbaring di kedua-dua kerusi dan tidur di sepanjang penerbangan. Tak bangun-bangun. Aku mula cemas kalau-kalau dia dah mati sebab overdose. Tetapi kira-kira 2 jam sebelum mendarat, aku mendapat dia sudah terjaga - dan duduk sambil melekapkan kertas tisu di muka dengan teknik menarik nafas dalam-dalam.
Sewel.
Lagi 30 minit nak mendarat, dia mencangkung atas kerusi. Kali in dia berjaya menarik perhatian semua orang termasuk awak-awak kapal. Namun tiada siapa yang menegur.
Setelah mendarat, dia terus hilang dari pandangan. Mungkin dia ada cita-cita menjadi 'Love Guru'.
Semoga dia ketemu apa yang dia cari di Bali.

Thursday, April 9, 2009
Friar Tuck.
Baru pulang dari Warwick Castle.
Sungguh gembira. Rasa macam dalam zaman Robin Hood. Tinggal aku tak merompak je. Drive di sini pun senang. Pemandu pun berhemah. Aku memandu riang sambil menyanyi-nyanyi.
Satu perkara yang aku respek pasal orang Inggeris ni, diorang memang ajar anak-anak depa tentang sejarah negara sejak kecil lagi. Sejarah mereka tak diputar belit ( sepanjang pemerhatian aku laa). Pastu anak-anak omputeh ni bersepah-sepah di perkarangan castle memakai kostum perajurit sambil berlawan pedang dengan penuh semangat. Dan diorang melestarikan peninggalan sejarah negara.
Kita patut mencontohi mereka.
Maaf lah saya belum upload gambar di sana.
Dan hari ini saya makan makaroni bakar nak dekat 1 dulang.

Tuesday, April 7, 2009
Gambar-gambar.
Sunday, April 5, 2009
Caribou.
Subscribe to:
Posts (Atom)