Sunday, March 28, 2010

Otitis

4 tahun setengah aku di sini,

aku merasakan yang tempat ni tak lebih dari satu junkyard besar yang penuh dengan barang-barang rongsokan,

dan mereka semua adalah pariah.

Dah specialist pun otak isi sampah.

Ptuihhh!!

Tuesday, March 9, 2010

The Mask

Tolong.

Tolong jangan tanggalkan face mask itu.
Kerna aku lebih menyukai kau bila kau di dalamnya.

Jadi tolong ya.

Saturday, March 6, 2010

Tendangan Padu Maut

Seperti doktor-doktor pelatih se-Indonesia yang lain, aku turut menerima padah yang sama. Dijadikan pencacai sepenuh masa.

Dan malam tadi aku harus standby di ICU. Malam yang pada mulanya tenang. Setenang lagu Papparazi yang aku dengar dari handphoneku.

Tiba-tiba ada patient pasca caesarean mengamuk. Heart rate dia sampai 178x / minit. Aku panik. Dia mula menjerit-jerit. Aku syak dia gila meroyan. Nurse-nurse semua datang berkerumun dan ikat tangan dia ke katil. Tapi serius orang mengamuk just gagah. Kaki dia pulak menendang-nendang.

Aku cuba berlagak hero. Aku pegang kaki dia. Berjaya ( walaupun struggle macam nak mati ). Tetapi langit tidak selalu cerah. Kekuatan dia yang menyamai kekuatan kerbau tidak mampu aku taklukkan. Pegangan aku terlepas, dan dia menghadiahkan sebuah tendangan padu maut jitu tepat di dada aku. Aku terdorong ke belakang.

Malunya perasaan aku tidak dapat digambarkan.

Patient tu terus menjerit-jerit. Dia kata kalau dia meninggal nanti, dia nak cekik semua manusia. Pastu sekejap-sekejap dia berteriak panggil mak ayah dia. Lepas dia menjerit-jerit cakap anak dia kena seksa 25 jam.

Kemuncak acara malam itu - dia mencabut keluar tube ventilator dari dalam mulut dia. Berdarah. Ngeri.

Last-last kitorang kasi dia propofol iaitu sejenis ubat tidur.

Aku terus terkenang kisah-kisah dalam Mastika. Pasti ada sesuatu yang aku tidak tauhu.

Tuesday, March 2, 2010

Serangan Fajar

Aku sering diserang satu perasaan aneh setiap kali melihat resident2 lelaki duduk dan siapkan report mereka.

Rasa nak peluk diorang dari belakang.

Mungkin memang aku dah tergolong dalam kategori 'wajib kahwin'.




Ps : ini entry pertama aku lewat Blackberak.