Thursday, April 22, 2010

Kapir Piraun

Semalam aku dan teman-teman sejawat di department ENTke Bandung untuk dinner beramai-ramai sambil meraikan perpisahan kitorang. Besok hari terakhir kitorang di ENT.

Makan di Paris van Java.

Sambil menyelak-nyelak menu, aku jumpa satu perkataan yang aku ragu-ragu akan maksudnya.



Maka aku bertanya kepada teman aku, Mayu.

" Mayu, kefir tu apa sih?"

" Mana?"

" Ini.." kata aku sambil menghulurkan menu.

" Ooo.. Musuh orang Islam kali.."



Aku tak tahu nak salahkan siapa dalam hal ni. Mak ayah dia ke atau ustaz dia.

Tuesday, April 20, 2010

Poniman

Serius hidup berterabur sekarang. Hura-hara. Kacau-bilau.
Tak tau nak dahulukan mana satu.
Ni yang rasa nak breakaway pi mana-mana.

Kalau la kisah hidup aku ni dijadikan novel, Sri Diah confirm tak boleh carik makan.


p/s : sorry la M. Itu je yang terlintas kat kepala hotak aku sekarang.

Sunday, April 11, 2010

Sepi

Dalam banyak-banyak benda di dunia ni, aku paling tak sanggup berurusan dengan kesepian.

Serius boleh gila.

Thursday, April 8, 2010

San Diego Hill

Sewaktu menahan perasaan bosan di poliklinik ENT ( Ear Throat Nose ), tiba-tiba Dr. Y bertanya kepada kitorang, " Kalian mahu bantu saya gak? Ada yang bawak mobil hari ini?"

Semua orang dah peluh besar. Sure kena jadi supir dia.

" Kita ke San Diego aja yuk."

Yeaayyyy!! Tak payah menjeruk dalam poliklinik lagi.






Cantik kan tempat ni? Nama pun dah champion. Sesuai buat wedding party ke hapa ke.

Ironinya, San Diego ni merupakan tanah perkuburan elit. Dr. Y datang sebab nak bayar booking 6 lubang kubur untuk 1 family dia. Seketul lubang ada la dalam 35 juta rupiah ( paling murah). RM 1 = 2500 rupiah. Korang kira la sendiri kalau 6 lubang. Dah berapa tu?


Bayar mahal-mahal ni, agak-agaknya ada orang datang baca Yassin kot tiap-tiap hari. Tu sebab sampai berpuluh juta harga selubang.


Best jadi orang kaya. Terjamin kondisi kubur masa depan.

Tuesday, April 6, 2010

Yasin El-Hakim

Aku dah lama tak baca Yasin.

Semalam jiwa aku kacau. Aku pun baca Yasin dan niat sedekahkan kepada arwah orang-orang yang aku sayang.

Dan malam tadi aku mimpi arwah nenek aku. Setelah sekian lama. Aku agak melupakannya sejak akhir-akhir ini. Dalam mimpi tu dia drive kereta secara merbahaya.

Realitinya, masa arwah nenek aku masih ada, dia bawak basikal pun tak pas.

Apa maksud mimpi itu?



Oh ya. Yasin El-Hakim tu nama kawan aku masa sama-sama terseksa di department surgery. Apa la khabar dia sekarang agaknya.