Tuesday, June 22, 2010

Bahaya Berbibik

Hujung bulan ni genap 5 tahun aku menderita di bumi Jakarta.

Dan masuk tahun ke 5 aku menyewa rumah kat sini. Dan bererti nak masuk tahun ke 5 juga aku menggunakan khidmat bibik di rumah.

Ya, aku telah menjadi majikan di usia 21 tahun. Hebat kan?

Dan disebabkan oleh dah biasa berbibik, sekor-sekor kat rumah ni jadi pemalas hangit.

Kalau ada plastik makanan tengah2 jalan, kuis dengan kaki je singkirkan ke tepi. Besok bibik datang kutip.

Ho yeah! Kimora Lee Simmons pun tak lemak macam ni.

Tuesday, June 8, 2010

Suman Jarot

2 minggu bergelumang dengan mayat, rangka, darah, ulat sampah.

Tapi rasa gembira sebab forensic department agak relaks berbanding 4 department sebelumnya. Semua macam setan.

Forensik adalah piknik.

Hari-hari bawak bekal pergi kelas. Sampai pukul 8 pagi, pastu menganga dalam kelas. Kalau ada mayat baru sampai, pergi check. Kejap-kejap tengok jam. Tak sabar nak tunggu lunch break. Nak bukak bekal. Jeleskan kawan-kawan.

Tapi aku serik nak makan sambal. Ada satu pagi aku sakit perut yang amat sebab malam sebelumnya makan sambal banyak gila. Masa tengah tunggu bas nak pi kerja, perut sakit mencucuk-cucuk.

Punya la terdesak. Terdesak tahap sanggup tukar Blackberry dengan jamban.