Tagged by M. ( jaga kau balik nanti aku bakar bilik kau )
7 ciri jejaka idaman saya- Pemurah ( bukan pemarah ).
- Spontaneous.
- Biarkan aku bebas berlari.
- Kemas tapi bukan macam mat belia.
- Sama-sama kuat makan dan suka aktiviti yang sama.
- Tak banyak soal dan songeh.
- Kelakar tapi kau bukan badut.
7 jejaka yang pernah saya minati- errr.. Abang Bottomless kat gym. Pakai baju badminton cap Yonex labuh gila sampai lutut sampai tak nampak seluar. Jadi kitorang tuduh dia tak pakai seluar dan melekatlah nama 'Bottomless' itu.
- Ardy a.k.a Beruk Letih. Pun dari gym jugak.
- Masa darjah 4 suka ada sorang abang jual kebab kat pasar malam. ( aci boleh kira ke? )
- Yamin Bontot Kenyal bawak Gti masa zaman Intec. Rebah sampai tak boleh buat apa-apa.
- Abang Chin, technician komputer yang selalu datang repair pc kat rumah. Terlalu cinta sampai berpakat dengan kakak nak buat tarian singa sambil bergendang depan rumah dia.
- Raymond Chee Kok Wai, senior kat sekolah. Terakhir nampak dia keje kat Carrefour Sri Petaling.
- Anil Kumble, cricketeer India. Apsal ntah satu masa dulu obsess kat dia.
7 perasaan sekiranya keluar dengan orang yang diminati- Rasa jantung nak pecah.
- Rasa serba tak kena ( contohnya macam ada taik idung nampak tergantung )
- Rasa cinta yang amat sangat sampai aku nak belikan dunia untuk engkau.
- Rasa macam "Confirm kau jodoh aku. Marilah kita rancang dan corak masa depan kita bersama. Ooohhhhh...."
- Rasa taknak balik. ( aku pun macam kau gak M ).
- Tapi rasa tak sabar nak balik rumah jugak nak berkurung dalam bilik berangan sambil renung siling dan nampak tayangan filem lakonan sendiri siang tadi.
- Rasa nak buat cart wheel.
7 tempat istimewa yang ingin dilawati bersama orang yang tersayang- Tahiti buat jerat ikan dengan daun kelapa pastu tangkap ikan pakai gigi.
- 7 wonders of the world. Mungkin lebih dari 7. Tatau ada berapa sekarang.
- Naik hot air balloon dengan dia kat Krueger National Park sambil sorak-sorak bertempik kat 'The Great 5'.
- Jalan-jalan ke Eropah ( oh sungguh boring sume orang pun nak buat macam tu )
- Nak buat semua benda extreme adrenaline rush kat dunia contohnya sky diving bungee jumping paragliding dan kumpul ceritificate AJ Hackett. ( baru ada satu je )
- Nak pergi kat semua extreme theme park kat dunia ni nak naik roller coaster yang ganas buas sampai muntah dan lemah jantung.
- Pergi Mekah ( ni serius jangan nak tuduh aku poyo ke apa macam bagus-bagus hipokrit sial budak ni )
7 barangan/sesuatu istimewa yang mungkin dihadiahkan buat orang tersayang- Koleksi tiket wayang / tiket bas sepanjang jalan percintaan.
- Apa-apa yang dia idamkan sejak zaman Firaun tapi tak dapat-dapat sampai sekarang.
- Hasil kerastangan saya dan anak-anak.
- Apa-apa collectible item.
- Masak apa-apa yang best ( M jangan nak tuduh aku tiru kau )
- Set BBQ dan grill suruh dia letak belakang rumah. Hujung minggu boleh masak-masak. Oh nak beli gazebo dan hammock dan buaian juga.
- Pakej buat tatoo ( kalau halal la )
7 Lagu yang anda nyanyikan untuk orang tersayang- 'Larut' oleh Dewa.
- ada satu lagu GG Groups tapi tak ingat tajuk.
- 'Your Love Is King' by Sade.
- 'L.O.V.E' by Frank Sinatra.
- 'Cinta' oleh Flop Poppy.
- London Bridge is Falling Down.
- Air Pasang Dalam.
TAG 2
1. Take a recent CUTE photo of yourself.
2. Don't change anything, edit or whatever.
3. Post that photo.
4. Post this instructions with the photo.
5. Tag 10 people to do this.

Santek kan?
Dah aku dah fed up buat tag ni. Bye.
Oh. Aku tak tag sapa-sapa. Sapa rasa rajin nak buat, buat la.