Sunday, December 4, 2011

Love and Immortality

He took me to MPO last night for an orchestra performance. Conducted by Hans Graf. The theme was 'Love and Immortality'.




Kena sangat la tema dengan situasi kitorang sekarang *puke*

It was my first experience attending this sort of show. Somehow he guided me, told me what is what. Introduced me to different sound made by different kind of instruments. Bossoon lah, oboe la, french horn lah. He's not an expert yet, but for sure he knows something. Aku pulak buta seni. The first 45 minutes of the show, I was confused. Mata meliar carik sumber bunyi. Serius jakun. Masa 20 minutes break between the slot, we hung out at the MPO lounge and buat post mortem. He explained a few things so that I won't get lost along the way. 2nd slot was way better. Rasa macam duduk dalam soundtrack movies.

But no photos was allowed :-(

When the show was over, he asked for my feedback. I told him I loved it and we should do that more often.

He smiled and said " Okay next time kita duduk kat tempat bangsawan pulak.."



Yes, kat atas ni.

Mampos aku nak korek baju ropol-ropol. Kata bangsawan kan??


Thursday, December 1, 2011

Everybody's Free To Wear Sunscreen

Yes, it's Baz Luhrmann's famous song.

Ada satu ayat dalam lyric lagu dia yang aku suka.

"Keep your old love letters, throw away your bank statements."


That's why I keep all my letters and cards - either sent by lovers, ex lovers, scandals, pen-pals, friends, or foes. Last night I opened the box, and I couldn't stop smiling and laughing.



And these are the letters sent by my crush when I was in Form 2.


Gelak golek-golek bila baca balik surat tu. Terus snap gambar then BBM him. We laughed our guts out last night and reminisced our stupidity during that time. The good old days. Regrets and mistakes, they are memories made.

Sekarang dalam proses misi mencari dan menyelamat gambar-gambar lama.


Urghhh, I'm getting old. Demmit.

Friday, November 25, 2011

Bigger and Better


Well, yeah, it's all been done. It's really early, but somehow we made it happen.

Bak kata Zeid, " Kalau dah suka, besok pun boleh settle."

I took his words. He gave a shot on his birthday, and I accepted. So I guess he got the best birthday present a man ever wanted - a girlfriend. And here we are.



My geologist cum entrepreneur cum gym owner cum consultant boyfriend. Yup, bigger and better.


Still at getting-to-know-each-other phase.


Friday, November 4, 2011

Revo'd II


' It is early.. But it feels right, somehow..'

That really made my day.

Wednesday, November 2, 2011

Revo'd

Boleh dikatakan sudah settle dengan urusan JPA dan SPA. Menunggu masa untuk panggilan induction.

Tak banyak yang aku nak sekarang. Cuma berharap Tuhan kasi aku lebih masa untuk aku move on, dan nikmati hidup ini, sebelum mulakan fasa baru dalam hidup.

After 9 years, only now I have the chance to get to know him better.

Fresh start :-)

Wednesday, September 21, 2011

Gerak Khas

Today is the day I will remember.

Kena follow dengan patrol car siap nyala-nyala lampu polis cakap thru pembesar suara " Kereta perdana! Kereta perdana sila berhenti di tepi jalan!"

Serius rasa macam penjenayah.

Thanks Arai, sebab guna hp masa memandu, sebab tunjukkan kuasa kad kuasa awak tu, and exposekan saya dengan experience ni. Sembah awak!

Monday, July 18, 2011

Agenda

3 hari penuh keriangan.

Jumaat ada kenduri tahlil kat kampung. Jemput jemaah Jumaat datang baca Yasin lepas solat Jumaat then lunch. Meriah jugak la siap pasang khemah segala. Sampai cousin aku yang separuh Melayu tuh confuse dan tanya " Who is getting married?". Dan acara kenduri disusuli dengan acara menembak kerbau pendek yang tersesat depan rumah uwan. Mungkin kerbau pendek tersebut tersilap percaturan - mengirakan dirinya akan selamat kalau bermain-main di rumah orang Islam ( sebab orang Islam tak makan kerbau pendek ). Ternyata dugaannya meleset.



Riang sungguh hati Cina pekan Kota dapat makan juadah istimewa secara percuma.

Sabtu pergi main paintball di waktu pagi, dan petangnya menjerit sampai hilang suara di Stadium Bukit Jalil.



Ahad lepak rumah Kak Long dan membuli anak-anak buah.

Kalaulah dapat cuti lama-lama, dan hari-hari dapat buat benda-benda macam aku buat tu, sure best. Tapi aku takde duit. Belajar pun main hutang-hutang dengan gomen.

Monday, July 11, 2011

Sugar Rush

Hari ni hari ketiga aku kat Malaysia.

Cuti 3 minggu. Awal bulan Ogos balik lagi ke Jakarta kena attend 2 weeks occupational health course yang tidak ada makna yang signifikan untuk mahasiswa Malaysia macam aku. Tapi sebab dia dah ada dalam pakej, ikut je la.. Nanti seminggu sebelum raya balik Malaysia lagi. Lepas tu kena balik Jakarta lagi. Bulan Oktober angkat sumpah kat sana. Bila boleh balik for good pun tatau la.

Sekarang hari-hari aku breakfast makan durian. Jakun sungguh.

Belum ada apa-apa plan sempena cuti 3 minggu ni. Jumaat ni ada kenduri arwah kat kampung, jadi aku syak makcik aku pasti lantik aku jadi pemandu rasmi ke Mydin atau mana-mana pasar beli barang-barang untuk persiapan. Pakcik aku pulak dah sambung balik projek kolam ikan dia. Besok atau lusa paip sampai. Kitorang nak sambung paip dari air gunung langsung ke kolam. Air fresh punya. Tiada campuran bahan kimia ataupun pengawet buatan. Aku mungkin pegang jawatan mandur sebab aku tak kuat angkat paip.


Cuti 3 minggu. Menganggur. Duit takde. Aku hina dina.


Thursday, July 7, 2011

Kumbang

Hey, you there.

Saya tak kisah awak nak poke saya sampai saya bocor. Tolong la poke saya hari-hari.

Sebab perasaan suka sudah mula bertandang.

Thursday, May 5, 2011

Batara IV

Ok aku dah tak suka kau. Putus asa.

Bye.

Friday, April 29, 2011

Batara III

Dah sampai tahap kritikal. Kena mintak pindah tempat kerja macam ni kalau tak kena gaya.

Apsal la kau manis sangat hah?

Thursday, April 28, 2011

Batara II

I googled him. Did some people search. Download his only picture I could find on the net.

I'm think I'm sick.

Tuesday, April 26, 2011

Batara

Minggu ke-2 di department O&G.

Dah naik muak tengok pelbagai jenis rupa, warna, bentuk dan saiz 'karipap'. Belum sambut bayi lagi, but I have assisted a couple of Caesarean section procedure. I actually cried when I witnessed a birth of a baby. Macam tak percaya, before that dok raba-raba perut mak dia sebab nak tau position baby, and now dia dah lahir melihat dunia. Watching a face of a mother enduring all the sufferings and pains, and all of a sudden everything changed when the mother had the baby in her arms.

New hope.

And I'm in love with my own gynecologist. Tall, tanned and handsome. Sangat menghormati patients. Cakap elok dan sopan je. Wangi pulak tu. Calon menantu idaman lah, bak kata mak-mak kita.



Hmmmpphhhh....




Thursday, April 14, 2011

Pray


Semoga cepat kau lupakan aku.

Monday, April 4, 2011

Lena Diulit Jantan

Went to Samsara Spa in SCBD for 3 hours spa and reflexology treatment.

Pekena teh-o halia dengan jelly memang nikmat lepas kena urut.

Tenaga pompuan dah tak cukup untuk aku. Takde impak langsung. I had 1 and 1/2 hours of Balinese accupressure massage and body scrub session, and I felt nothing. Rasa geli-geli je. But when I moved to reflexology session and the masseuse was a man, baru terasa gegaran. Sampai tidur berdengkur. Deep, deep sleep.

Sekarang dah pukul 12 malam and yet aku masih terkebil-kebil. Takkan la kena angkut mamat masseuse tu balik kot suruh urut aku sampai koma?

Dasar jablay.

Tuesday, March 29, 2011

Posyandu

Ya adik-adik, hari ini kita belajar satu lagi perkataan baru iaitu 'psoyandu'. Posyandu ialah singkatan daripada Pusat Pelayanan Terpadu. Posyandu ini adalah hasil ilham Presiden Republik Indonesia yang kedua iaitu Pak Soeharto, bertujuan untuk memudahkan orang-orang yang duduk di kawasan terpencil mendapat perkhidmatan kesihatan. Posyandu dijalankan oleh sukarelawan yang terdiri dari ibu-ibu rumahtangga, dan dibuka setiap tanggal 27hb tiap-tiap bulan.

Jadi, sepanjang aku posting di public health, aku diharuskan untuk turun padang mengikuti aktiviti posyandu. Semalam aku ditugaskan ke sebuah posyandu yang terletak di kawasan perumahan yang boleh dikategorikan setaraf dengan setinggan kalau di Malaysia. Tempatnya di dalam lorong sempit. Aku dibawa ke lokasi posyandu dengan menaiki motor. Satu penderitaan untuk si pembawa motor sebab aku berat gila ( aku naik motor je, terus motor tu melendut pastu pakcik tu terus bersuara "Hoh!" sebab terperanjat ) pastu setiap kali lalu atas bumper, air mata pakcik tu meleleh sebab ekzos terseret.

Saya mintak maaf pakcik. Saya janji saya akan ke Fitness First dengan lebih gigih.

Inilah posyandu yang aku pergi semalam.



Dan ini adalah sukarelawan yang melaksanakan aktiviti posyandu.



Posyandu menawarkan 4 hingga 5 perkhidmatan kesihatan iaitu :

  • Kesihatan anak. Di posyandu, anak-anak ditimbang dan diukur tingginya, supaya tahu cukup makan atau tidak. Tapi cara diorang timbang dan ukur tinggi bebudak tu agak sadis la. Aku pun seriau tengok.

Macam timbang buah cempedak


Ni kalau ukur panjang badan untuk bayi


Ukur tinggi anak-anak

  • Rancangan Makanan Tambahan untuk anak-anak supaya dapat cukup nutrisi. Menu berubah-rubah. Kadang-kadang dapat bubur ayam, kadang-kadang bubur kacang hijau. Macam semalam dapat sup ayam + telur puyuh.
Station makanan. Boleh bawak tupperware tapau balik rumah

  • Immunisasi untuk bayi-bayi. Semalam langsung takde bayi yang perlukan immunisasi. Jadi aku hanya lenggang kaki sambil makan kerepek.
Bekalan senjata aku. Tak berusik pun.

  • KB atau Keluarga Berencana. Indonesia mempunyai masalah kebanjiran rakyat, maka mereka disarankan untuk menghadkan jumlah anak. Kondom dan pil perancang diberi secara percuma.



Best jugak turun posyandu. Dapat makan free.

Wednesday, March 23, 2011

Penyuluhan

Hari ni hari menguji kekuatan mental dan fizikal.

Sekarang aku dalam rotation public health, dan aku ditugaskan di Pusat Kesehatan Masyarakat Pasar Minggu, atau nama komersialnya PUSKESMAS. Selain kena standby di klinik, memeriksa patients dan prescribe ubat, aku kena buat research jugak. Oh iya, kena buat penyuluhan jugak. Penyuluhan tu adalah istilah orang Indonesia untuk memberi maklumat dan menambah wawasan, diambil dari kata omputeh 'enlightenment'. Contohnya dengan memberi ceramah. Tapi tak payah bawak lampu suluh.

Maka, aku dan kawan-kawan telah memilih judul 'Hubungan Antara Pengetahuan Gizi dan Pola Makan Dengan Intake Buah dan Sayur di Kalangan Kanak-Kanak Usia 10-12 Tahun'. Tuuuuuu dia...!! Sebatu panjangnya.

Memang research ni memerlukan kesabaran yang tinggi, tambah-tambah bila dapat sorang groupmate yang retarded serta bodoh luar biasa tahap makam tertinggi. Serius sakit hati.

Jadi hari ni kami semua harus turun padang ke sekolah rendah untuk dapatkan sample research seramai 100 orang. Target populasi ialah budak-budak darjah 4, 5 dan 6. Kena timbang berat badan, ukur tinggi, kasi questionnaire pastu kasi penyuluhan sikit-sikit.

Letih dengan stress bila deal dengan budak-budak umur macam tu tak payah ucap la. Susah nak dikawal sampai hilang suara air liur tersembur-sembur jerkah. Ini degil punya tahap yang sampai panjat-panjat meja tak hormat orang tengah bercakap kat depan.







Kasi diorang upah kerjasama sorang sebiji limau.

Habis ceramah, balik rumah, habis semut-semut satu badan. Dahsyat jugak penangan budak sekolah rendah ni.


Tuesday, March 22, 2011

Hana dan Salam 1 Malaysia

Hana sudah mengimplementasikan simbol 1 Malaysia ni sebelum Najib lagi.






Monday, March 21, 2011

Punch

Sometimes I really wish I could have someone like Rocky Balboa.

Real man.

Sunday, March 13, 2011

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

Baru terhegeh-hegeh nak tengok The King's Speech semalam. Best jugak la.

Anak-anak bangsawan just bergaya. Baju tido pun cantik-cantik. Berenda-renda, beropol-ropol sana sini.

Anak-anak kebanyakan macam aku, baju tido tak penahnya satu suit. Atas lain, bawah lain. Belum kira ada kesan getah pisang lagi kat lengan.

Pastu celah kangkang confirm koyak.

Tuesday, March 8, 2011

Beautiful Washing Machine

Daripada buang duit subscribe cable TV ataupun beli DVD player, aku sepatutnya beli mesin basuh masa mula-mula pindah masuk rumah ni.

Bila bibik balik kampung 1 minggu, baru la nak sedar akan kepentingan mesin basuh.

Hari ni lumpuh sebelah badan lepas basuh baju sebesen.

Sunday, March 6, 2011

Java Jazz 2011


Ramai gila orang. Macam musim haji.



Java Jazz Festival 2011 berlangsung selama 3 hari - 4, 5 dan 6 Mac. Special performances by Santana, Corinne Bailey Ray, Marie Schneider dan George Benson. Tak tengok sebab tak mampu. I only bought myself a one-day pass. Tengok artis-artis lain beraksi.

Naik sheikh.


Jose James & Friends


Takuya, from Jose James. Dia main trumpet.


Ruben Hein. Band dari Belanda.


ESQI:EF. Band lokal.


Cara Java Jazz Festival ni beroperasi? Konsert diadakan dalam beberapa dewan, oleh beberapa artis berdasarkan jadual yang telah diatur. Jadi penonton boleh memutar dari satu dewan ke satu dewan lain mengikut kesukaan mereka. Festival bermula dari jam 4 petang sampai 2 pagi.

Java Jazz Festival merupakan acara tahunan, dan biasanya diadakan dalam bulan Mac. Ya... bulan Mac setiap tahun. Nama pun acara tahunan, ye tak?

Tiket? Tak payah susah hati, kalut-kalut nak booking awal. Boleh beli on the spot. Dijual oleh tokan-tokan ( kat sini panggil 'calo' ) dengan harga yang diboleh ditawar. I've got a good bargain. Paid 250 ribu rupiah for a 350 ribu rupiah one-day pass. Main tawar menawar tepi jalan. Pastikan calo tersebut tidak menipu anda dengan memastikan pass yang anda dapat itu boleh dipakai dengan memastikan anda dapat access ke dalam area festival. Dah masuk, baru kasi duit dekat calo. Seperti yang berlaku semalam, pass aku ternyata dah dipakai. Aku diheret ke kaunter sisatan tiket haram dan disoal siasat. So aku kena keluar balik, buru calo lain yang offer pass, percubaan masuk sekali lagi. Bila dah berhasil, baru aku bayar.

Tips ini sesuai orang yang berani tanggung risiko, tak tahu malu, tahan dibantai oleh bouncer, dan berani mati. Tak ada kriteria tersebut? Jangan coba-coba...


Ok lah. Salam Satu Malaysia!




Saturday, March 5, 2011

Gendang-Gendut Tali Kecapi


Magnum Cafe is the latest craze in Jakarta.



Manusia berduyun-duyun datang. Semua jenis orang ada. Yang pakai jubah, mini skirt, yang rambut merah, yang bertindik hidung, yang pakai jeans, yang bertongkat, yang naik 'weecha', yang pakai seluar yankee semua tidak mahu ketinggalan.

Kena beratur hampir 2 jam. Agak membazir waktu sebab kalau dikira-kira, 2 jam itu jika dimanfaatkan, dapat la juga menoreh 4-5 baris pokok getah. Dapat jugak hasil. Tambah-tambah pulak harga getah melambung sekarang.

Tapi berbaloi menunggu sebab semua keinginan terpenuhi. Kami memesan 2 main course, 1 side dish, 2 desserts dan 2 mineral water.


THE EMPEROR - angus beef burger + roasted onions + red cheddar cheese + homemade Magnum chocolate ketchup.


UNDER THE TUSCAN SUN - baked Tuscan style cannelloni, filled with beef ragout + boiled egg + spicy beef salami, topped with Bechamel sauce and parmesan cheese.


COURT JESTER - nacho + tortillas chips, topped with Magnum chilli con carne + rich melted cheese + jalapenos.


DARK CHERRY GOBLET - Magnum ice cream over puff pastry, drizzled with rich dark Belgian chocolate.


WAFFLE DE IMPERIAL - waffle + Magnum ice cream + shredded coconut + caramel sauce.





Malas nak ulas banyak-banyak. Bukannya dapat baucer diskaun pun. Harga? Tak mahal. Dalam RM12o semuanya ( kalau tidak didiskaun ).

Harus ke sini lagi. Ada seorang waiter hensem. Nama dia Buddy. [ halah, aku tau nama sebenar kau Budi kan? Takpun Budiman. Dasar Jawa. ]


Friday, March 4, 2011

Cinta Mati

Orang Indonesia kata, cinta mati tu bila kau cintakan seseorang sampai bila-bila. Cinta sampai mati.

Tidak ada galang ganti.

Sekarang, cinta itu betul-betul mati. Sudah tiada erti.

Dia dah pergi.


Tuesday, March 1, 2011

Lupa

Dah terlalu lama
Sampai lupa
Rasanya jatuh cinta

Dan hati berbunga-bunga.

Sunday, February 20, 2011

Patah Hati


What am I gonna do when the best part of me was always you?

Sunday, January 16, 2011

Jenuh

Dah sampai titik jenuh.

Can't wait for July to end.

Lepas tu aku nak jadi rockstar.