Tuesday, March 29, 2011

Posyandu

Ya adik-adik, hari ini kita belajar satu lagi perkataan baru iaitu 'psoyandu'. Posyandu ialah singkatan daripada Pusat Pelayanan Terpadu. Posyandu ini adalah hasil ilham Presiden Republik Indonesia yang kedua iaitu Pak Soeharto, bertujuan untuk memudahkan orang-orang yang duduk di kawasan terpencil mendapat perkhidmatan kesihatan. Posyandu dijalankan oleh sukarelawan yang terdiri dari ibu-ibu rumahtangga, dan dibuka setiap tanggal 27hb tiap-tiap bulan.

Jadi, sepanjang aku posting di public health, aku diharuskan untuk turun padang mengikuti aktiviti posyandu. Semalam aku ditugaskan ke sebuah posyandu yang terletak di kawasan perumahan yang boleh dikategorikan setaraf dengan setinggan kalau di Malaysia. Tempatnya di dalam lorong sempit. Aku dibawa ke lokasi posyandu dengan menaiki motor. Satu penderitaan untuk si pembawa motor sebab aku berat gila ( aku naik motor je, terus motor tu melendut pastu pakcik tu terus bersuara "Hoh!" sebab terperanjat ) pastu setiap kali lalu atas bumper, air mata pakcik tu meleleh sebab ekzos terseret.

Saya mintak maaf pakcik. Saya janji saya akan ke Fitness First dengan lebih gigih.

Inilah posyandu yang aku pergi semalam.



Dan ini adalah sukarelawan yang melaksanakan aktiviti posyandu.



Posyandu menawarkan 4 hingga 5 perkhidmatan kesihatan iaitu :

  • Kesihatan anak. Di posyandu, anak-anak ditimbang dan diukur tingginya, supaya tahu cukup makan atau tidak. Tapi cara diorang timbang dan ukur tinggi bebudak tu agak sadis la. Aku pun seriau tengok.

Macam timbang buah cempedak


Ni kalau ukur panjang badan untuk bayi


Ukur tinggi anak-anak

  • Rancangan Makanan Tambahan untuk anak-anak supaya dapat cukup nutrisi. Menu berubah-rubah. Kadang-kadang dapat bubur ayam, kadang-kadang bubur kacang hijau. Macam semalam dapat sup ayam + telur puyuh.
Station makanan. Boleh bawak tupperware tapau balik rumah

  • Immunisasi untuk bayi-bayi. Semalam langsung takde bayi yang perlukan immunisasi. Jadi aku hanya lenggang kaki sambil makan kerepek.
Bekalan senjata aku. Tak berusik pun.

  • KB atau Keluarga Berencana. Indonesia mempunyai masalah kebanjiran rakyat, maka mereka disarankan untuk menghadkan jumlah anak. Kondom dan pil perancang diberi secara percuma.



Best jugak turun posyandu. Dapat makan free.

Wednesday, March 23, 2011

Penyuluhan

Hari ni hari menguji kekuatan mental dan fizikal.

Sekarang aku dalam rotation public health, dan aku ditugaskan di Pusat Kesehatan Masyarakat Pasar Minggu, atau nama komersialnya PUSKESMAS. Selain kena standby di klinik, memeriksa patients dan prescribe ubat, aku kena buat research jugak. Oh iya, kena buat penyuluhan jugak. Penyuluhan tu adalah istilah orang Indonesia untuk memberi maklumat dan menambah wawasan, diambil dari kata omputeh 'enlightenment'. Contohnya dengan memberi ceramah. Tapi tak payah bawak lampu suluh.

Maka, aku dan kawan-kawan telah memilih judul 'Hubungan Antara Pengetahuan Gizi dan Pola Makan Dengan Intake Buah dan Sayur di Kalangan Kanak-Kanak Usia 10-12 Tahun'. Tuuuuuu dia...!! Sebatu panjangnya.

Memang research ni memerlukan kesabaran yang tinggi, tambah-tambah bila dapat sorang groupmate yang retarded serta bodoh luar biasa tahap makam tertinggi. Serius sakit hati.

Jadi hari ni kami semua harus turun padang ke sekolah rendah untuk dapatkan sample research seramai 100 orang. Target populasi ialah budak-budak darjah 4, 5 dan 6. Kena timbang berat badan, ukur tinggi, kasi questionnaire pastu kasi penyuluhan sikit-sikit.

Letih dengan stress bila deal dengan budak-budak umur macam tu tak payah ucap la. Susah nak dikawal sampai hilang suara air liur tersembur-sembur jerkah. Ini degil punya tahap yang sampai panjat-panjat meja tak hormat orang tengah bercakap kat depan.







Kasi diorang upah kerjasama sorang sebiji limau.

Habis ceramah, balik rumah, habis semut-semut satu badan. Dahsyat jugak penangan budak sekolah rendah ni.


Tuesday, March 22, 2011

Hana dan Salam 1 Malaysia

Hana sudah mengimplementasikan simbol 1 Malaysia ni sebelum Najib lagi.






Monday, March 21, 2011

Punch

Sometimes I really wish I could have someone like Rocky Balboa.

Real man.

Sunday, March 13, 2011

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

Baru terhegeh-hegeh nak tengok The King's Speech semalam. Best jugak la.

Anak-anak bangsawan just bergaya. Baju tido pun cantik-cantik. Berenda-renda, beropol-ropol sana sini.

Anak-anak kebanyakan macam aku, baju tido tak penahnya satu suit. Atas lain, bawah lain. Belum kira ada kesan getah pisang lagi kat lengan.

Pastu celah kangkang confirm koyak.

Tuesday, March 8, 2011

Beautiful Washing Machine

Daripada buang duit subscribe cable TV ataupun beli DVD player, aku sepatutnya beli mesin basuh masa mula-mula pindah masuk rumah ni.

Bila bibik balik kampung 1 minggu, baru la nak sedar akan kepentingan mesin basuh.

Hari ni lumpuh sebelah badan lepas basuh baju sebesen.

Sunday, March 6, 2011

Java Jazz 2011


Ramai gila orang. Macam musim haji.



Java Jazz Festival 2011 berlangsung selama 3 hari - 4, 5 dan 6 Mac. Special performances by Santana, Corinne Bailey Ray, Marie Schneider dan George Benson. Tak tengok sebab tak mampu. I only bought myself a one-day pass. Tengok artis-artis lain beraksi.

Naik sheikh.


Jose James & Friends


Takuya, from Jose James. Dia main trumpet.


Ruben Hein. Band dari Belanda.


ESQI:EF. Band lokal.


Cara Java Jazz Festival ni beroperasi? Konsert diadakan dalam beberapa dewan, oleh beberapa artis berdasarkan jadual yang telah diatur. Jadi penonton boleh memutar dari satu dewan ke satu dewan lain mengikut kesukaan mereka. Festival bermula dari jam 4 petang sampai 2 pagi.

Java Jazz Festival merupakan acara tahunan, dan biasanya diadakan dalam bulan Mac. Ya... bulan Mac setiap tahun. Nama pun acara tahunan, ye tak?

Tiket? Tak payah susah hati, kalut-kalut nak booking awal. Boleh beli on the spot. Dijual oleh tokan-tokan ( kat sini panggil 'calo' ) dengan harga yang diboleh ditawar. I've got a good bargain. Paid 250 ribu rupiah for a 350 ribu rupiah one-day pass. Main tawar menawar tepi jalan. Pastikan calo tersebut tidak menipu anda dengan memastikan pass yang anda dapat itu boleh dipakai dengan memastikan anda dapat access ke dalam area festival. Dah masuk, baru kasi duit dekat calo. Seperti yang berlaku semalam, pass aku ternyata dah dipakai. Aku diheret ke kaunter sisatan tiket haram dan disoal siasat. So aku kena keluar balik, buru calo lain yang offer pass, percubaan masuk sekali lagi. Bila dah berhasil, baru aku bayar.

Tips ini sesuai orang yang berani tanggung risiko, tak tahu malu, tahan dibantai oleh bouncer, dan berani mati. Tak ada kriteria tersebut? Jangan coba-coba...


Ok lah. Salam Satu Malaysia!




Saturday, March 5, 2011

Gendang-Gendut Tali Kecapi


Magnum Cafe is the latest craze in Jakarta.



Manusia berduyun-duyun datang. Semua jenis orang ada. Yang pakai jubah, mini skirt, yang rambut merah, yang bertindik hidung, yang pakai jeans, yang bertongkat, yang naik 'weecha', yang pakai seluar yankee semua tidak mahu ketinggalan.

Kena beratur hampir 2 jam. Agak membazir waktu sebab kalau dikira-kira, 2 jam itu jika dimanfaatkan, dapat la juga menoreh 4-5 baris pokok getah. Dapat jugak hasil. Tambah-tambah pulak harga getah melambung sekarang.

Tapi berbaloi menunggu sebab semua keinginan terpenuhi. Kami memesan 2 main course, 1 side dish, 2 desserts dan 2 mineral water.


THE EMPEROR - angus beef burger + roasted onions + red cheddar cheese + homemade Magnum chocolate ketchup.


UNDER THE TUSCAN SUN - baked Tuscan style cannelloni, filled with beef ragout + boiled egg + spicy beef salami, topped with Bechamel sauce and parmesan cheese.


COURT JESTER - nacho + tortillas chips, topped with Magnum chilli con carne + rich melted cheese + jalapenos.


DARK CHERRY GOBLET - Magnum ice cream over puff pastry, drizzled with rich dark Belgian chocolate.


WAFFLE DE IMPERIAL - waffle + Magnum ice cream + shredded coconut + caramel sauce.





Malas nak ulas banyak-banyak. Bukannya dapat baucer diskaun pun. Harga? Tak mahal. Dalam RM12o semuanya ( kalau tidak didiskaun ).

Harus ke sini lagi. Ada seorang waiter hensem. Nama dia Buddy. [ halah, aku tau nama sebenar kau Budi kan? Takpun Budiman. Dasar Jawa. ]


Friday, March 4, 2011

Cinta Mati

Orang Indonesia kata, cinta mati tu bila kau cintakan seseorang sampai bila-bila. Cinta sampai mati.

Tidak ada galang ganti.

Sekarang, cinta itu betul-betul mati. Sudah tiada erti.

Dia dah pergi.


Tuesday, March 1, 2011

Lupa

Dah terlalu lama
Sampai lupa
Rasanya jatuh cinta

Dan hati berbunga-bunga.