Minggu pertama di hospital - aku penat berperang dengan emosi. Sikit hari nanti boleh depresi aku dibuatnya.
Tapi jalan yang aku pilih ni banyak menimbulkan keinsyafan dalam diri aku. Aku jumpa ramai manusia dari pelbagai latar belakang hidup, tapi dengan satu misi ( bukan misi nurse hospital tu la ) - nak sihat.
Patient di hospital aku dibahagikan kepada 3 kelompok : umum, surat keterangan tidak mampu (SKTM) dan GaKin ( keluarga miskin ). Paling menyentuh hati aku ialah dari golongan GaKin ini.
Semalam aku ditugaskan di poliklinik jantung di bawah pengawasan Dr. R. Kerja aku tak banyak. Cuma main pam-pam ukur tekanan darah, periksa nadi, pasang ECG, history taking lebih kurang. Paling-paling pun pi check heart sound kot-kot terjumpa ada apa-apa kelainan. Tapi selalunya kalau check herat sound pun, aku selalu confuse. Al-maklumlah, amatur lagi. Jadi masa aku terima patient, datang la seorang ibu tua kira-kira usianya hampir 70 tahun. Bila aku check status dia, ibu tua itu dah 4 bulan tak datang buat monthly check up.
Aku tanya kenapa. Dia kata tak ada ongkos. Aku check file dia. Tertulis 'GaKin'. Lantas aku kata, ibu, kan biayanya gratis. Obatnya ga usah dibayar kan? Terus dia balas,
" Tapi doc, ke hospital juga harus pake uang kan. Kurang-kurang harus ada 4ribu kalo mau naik angkut ke hospital.."
Aku terkedu.
4ribu tu cuma RM1.50 je. Bayangkan ibu tua tu terpaksa tangguhkan check up dia selama 4 bulan hanya kerana tidak ada RM1.50 untuk ke hospital. Aku dan rata-rata orang lain selamba je habiskan RM150 macam takde apa-apa nilai, manakala ibu tu terpaksa merisikokan nyawa semata-mata kerana RM1.50.
Terus aku mintak izin ke belakang sebab empangan aku nak pecah.
2 comments:
" Tapi doc, ke hospital juga harus pake uang kan......."
hulamak dh jd dokter sebenar.
aku selaku org yg selalu kagum dgn profesyen dokter merasa kagum dgn kau.
tp ye. ini entry tidak kelakar seperti selalu.
syabas, anda dokter murni.
walaupun bernama wawa :|
kesian orang tu.
saya insyaf..
Post a Comment