Wednesday, May 13, 2009

Datang Tak Diundang, Pergi Tidak Dihalang.

Bak kata pepatah, patah tumbuh hilang berganti.

Koko telah meninggalkan alam fana semalam setelah sekian lama bergelut dengan keuzuran. Meninggalkan orang-orang yang menyayanginya. Mungkin dia mati kerana sakit tua. Mungkin juga dia mati akibat kecederaan dalaman akibat terlalu sering ditunggang oleh Hana.

Koko telah selamat bersemadi di belakang rumah nenek, bersama-sama arwah rakan-rakannya yang lain. Belakang rumah nenek ialah pet cemetry kami.

Namun begitu, pemergian Koko telah diganti dengan kelahiran 3 ekor anak si Coreng. Ada warna hitam, warna merah dan tompok-tompok.

Meriah, bukan?


ps: saya kena mudik ke Jakarta besok. sungguh kecewa.

3 comments:

Zulfadli Zainal said...

patah satu.datang 3.

Cuki said...

selamat kembalik ke jakarta!

Anonymous said...

ditunggang hana?
dahla hana sihat mcm "makyang" dia.
amat comel hana tu.