Oncall ialah perkara yang paling menyebalkan di dunia ini.
Sudahlah menyebalkan, tertipu dan ditipu pula. Malam kelmarin aku rasa keliru. Tak tahu nak ketawa ke marah.
Kes Pertama
Seorang perempuan berusia kira-kira 20 tahun disorong masuk ke dalam Instalasi Gawat Darurat (IGD ) - kalau kat tempat kita kira macam ER la, dengan chief complain sakit perut yang amat. Aku tengok perut dia buncit. Oh, ibu hamil... Lepas tu aku sambung buat keje aku. Kawan aku take over dia. Tanya punya tanya, ternyata dia tidak hamil. Dia kata perut dia dah besar macam tu sejak 1 tahun yang lalu. Oh ok.. Kitorang panggil resident doctor yang in charge malam tu. Suspek intra abdominal tumor. Lepas tu aku pun keluar makan.
20 minit kemudian, aku dapat SMS yang berbunyi " Mbak tumor tadi baru je beranak.."
Apa kes??!!
Kes Kedua
Seorang laki-laki berusia 17 tahun datang ke IGD dengan kepala berbalut. Ternyata ada open wound sepanjang kira-kira 8cm. Bila tanya macamana boleh luka, dia kata dia jatuh motor. Tak pakai helmet ke? Tak, dia jawab. "Dasar bodoh," aku berkata dalam hati. Habis tu sapa yang balut luka ni? Warga setempat kasi pertolongan pertama, dia jawab lagi.
Aku dah mula syak sesuatu, tapi aku buat jugak wound suture. Jahit punya jahit, kawan dia pun datang. Pastu kawan dia kata " Kepala dia kena ketuk dengan kayu, doc. Bergaduh kat kampus tadi."
Sepatutnya aku tak bius kepala dia. Jahit dia hidup-hidup biar dia rasa. Cilake!
Friday, November 27, 2009
Monday, November 23, 2009
Separuh Jiwa
Beberapa hari yang lalu mak aku telefon bertanyakan khabar. Setelah bersembang lebih kurang tentang nasib aku di kota metropolitan ini ( selain status kewangan aku yang selalu berbaki negatif ), mak aku membuka kisah tentang uwan.
Baru 2 bulan atuk aku meninggal, uwan dah mula lemah. Last week uwan masuk ward sebab palpitation dan tangan kebas-kebas. 2 malam kena tahan. Dari tiap-tiap petang berjalan keliling rumah tengok bunga dan halau ayam, uwan sekarang pakai tongkat. Malam-malam pun pakai diapers. Bilik pun dah pindah ke tingkat bawah. Uwan dah tak kuat naik turun tangga.
Bila aku dengar berita pasal uwan, aku rasa macam uwan sekarang bukan uwan yang aku kenal. Uwan aku kuat. Masih mampu uruskan dapur walaupun umur dah 84 tahun. Santan pun perah sendiri. Masih mampu kacau rendang sekawah. Pagi-pagi baca newspaper. Petang-petang bancuh teh satu termos besar untuk minum petang cicah dengan bahulu. Malam-malam berebut tv nak tengok berita perdana.
Aku sedih.
Aku yakin selama ni uwan kuat sebab atuk. Bila atuk pergi, atuk bawak separuh dari semangat uwan.
I remember her saying to my aunt " Den - kalau buleh - Biar la apak kau poie dulu dari den, sobab sorik nak jago dio ni..!"
And her wish came true.

Wednesday, November 18, 2009
Demokrasi Terpimpin
Setiap kali type entry kat sini, asyik komplen pasal nak cuti. Takpun pasal penat. Takpun pasal rasa menyesal pilih medik.
Fans pun benci kot asyik-asyik topik yang sama. Tidak ada variasi langsung. Tidak kreatif. Otak karat. Lembab berfikir. Takde wawasan. Apa kata kita tukar topik?
Ada cadangan anyone?

Friday, November 13, 2009
Sunday, November 8, 2009
Rusa Masuk Kampung
Semalam baru la dapat menjejakkan kaki ke shopping mall setelah hampir 3 bulan di tanah tempat jin sepak terajang.
Gembira gila rasa nak cium lantai mall.
Tapi apalah erti mall hopping ke sana sini kalau duit anda cuma tinggal 14 ribu rupiah.
Kedengaran banyak bukan? Tapi kalau diconvert ke RM, nak sebut pun sedih.
Kenapa lah JPA kejam sangat lambat masukkan elaun? Nida nak ganti spender dah bersetai-setai getah pun tak dapat. ( Nida jugak kena ) Nasib baik emak sedia membantu setelah mengirimkan SMS S.O.S kepadanya.
" Mak dah bank in RM 1,.... (sila isi seberapa banyak 'sifar' yang anda mahu). Don't worry bout budget lari. Just focus on your studies."
Cheers ma!!
Oh ye, buat M, aku ada confession nak buat.
Ahmad Dhani sebenarnya mati bukan sebab overdosed sulfa-atropine. Dia sebenarnya mati terjatuh dari tingkat atas. Jatuh dari tempat kita letak baju-baju depan cermin tu. Aku tak bagitau korang sebab nanti korang tuduh aku tuan yang kejam.
ps:/ Nyanya dah tahu hal ni. Aku terlepas cakap masa jalan nak pi Circle K kat Tomang.

Tuesday, November 3, 2009
Capee Dehhh!!
2 hari paling mencabar.
Hari pertama di department bedah, balik pukul 9 malam.
Hari kedua, balik pukul 4 petang. Pukul 4.30 berangkat naik bas pulang ke rumah untuk ambil beberapa barang ( sekarang menyewa bilik dekat dengan hospital ).
5.10 petang : Naik Transjakarta balik Grogol
5.30 petang : Kasi makcik tempat duduk
5.45 petang : Tersepit di celah ketiak masam orang balik opis.
6.15 petang : Masih tersepit antara celah-celah ketiak.
6.30 petang : Bebas dari seksaan tersepit celah ketiak.
7.00 petang : Sampai rumah.
7.03 petang : Mencarut tak henti atas kealpaan diri sendiri.
Nasib baik ada bibik. Kalau tak mungkin pintu rumah dah pecah. Ataupun aku disyak pencuri waktu cuba jadi McGyver bukak pintu rumah.

Subscribe to:
Posts (Atom)