Kata orang, kasih ibu membawa ke syurga. Kasih bapa membawa bahagia.
Kata orang, nikmat yang tidak terbandingkan ialah nikmat sihat.
Sekarang aku nak buat kaitan antara 2 pernyataan di atas. Selepas family aku pulang dari Jakarta kira-kira 3 hari lepas, aku buat statement ke M, menyatakan tidak ada seorang pun ahli keluarga aku yang sakit atau dapat cirit-birit sebab makan makanan Jakarta. ( ada nada riak pada saat itu ). Kemudian aku menyambung dan membuat penakulan mantik yang lain - mungkin ayah aku tak adventurous dalam mencuba makanan-makanan baru sebab perut dia tak tahan benda-benda aneh. Kemudian aku ketawa besar. Apa yang suka sangat aku pun tatau.
Semalam aku dapat balasan Tuhan.
Aku muntah-muntah dan tercirit-birit. Tatau la apa yang aku makan. Aku suspek puncanya ialah bakso Bang Bewok. Melepek aku seharian depan pintu toilet.
Aku dah insaf buat hari ini. Besok-besok tatau lagi. Taknak janji.
No comments:
Post a Comment