Ya.
Mereka semakin melampau. Aku dah tak tahan dengan perangai dan karenah diorang. Banyak songeh betul. Rakus pulak tu. Sumpah taktau malu.
Tapi diorang kawan ayah aku. Nak tak nak kena layan. Diorang nak makan, aku siapkan, hidangkan. Tapi sapa tahan kalau dah ramai. Satu dua takpe la. Ini enam. Diulangi, ENAM!!
Kalau setakat makan je, aku boleh tahan lagi. Ini melilau buat sepah satu rumah aku. Berbulu mata aku tengok. Nak pukul, berdosa. Nanti ayah aku pukul aku balik. Nanti aku dicop sebagai anak kurang ajar.
Sabar je lah.
Kalau aku halau, kesian ayah aku takde kawan-kawan. Mereka berenam tu la kawan-kawan ayah aku. Anak-anak jauh. Bila kitorang adik-beradik takde rumah, diorang la tempat ayah aku bercakap-cakap. Mak aku kerja. Malam baru dapat jumpa.
Diorang ni memang derhaka. Kucing-kucing durjana!
Friday, December 26, 2008
Thursday, December 25, 2008
Hari-hari Kari.
Hari-hari makan kari. Kari hari-hari.
Muak aku. Dah 2 hari berturut-turut makan kari, atau yang berasaskan kari. Semalam tengah hari makan kari ayam. Hari ni breakfast dan lunch makan mi kari. Mak aku tak masak sebab pergi kenduri kawin. Aku pulak malas masak. Minum petang makan karipap.
Ketiak pun dah bau macam ketiak mamak.
Bagaimana dengan percutian anda semua? Aku bosan duduk rumah. Selain jadi bibik sepenuh masa, aku kadang-kadang menyamar jadi ayam daging. Makan tak berhenti-henti.
Percutian hambar. Bosan. Jalan-jalan di pekan Tampin ( kalau tak tau, dengar lagu 'Apo Nak Dikato nyanyian Blues Gang. dia ada sebut nama pekan Tampin ). Jalan-jalan makan roti krim isi jagung jenama Everyday sambil tengok notis dan poster orang-orang dikehendaki di balai polis berdekatan.
Bermakna kan cuti aku?

Monday, December 22, 2008
Khas Untuk M
M,
Kita selalu gelak-gelakkan benda tu. Lucu. Selalu memperkotak-katikkan kewujudannya. Menganggap benda tu tak wujud. Pandang remeh sebelah mata. Takde class.
Kita salah. Nah hambek.

Kamil baru beli kat Melaka then tunjuk kat aku.
Kalau tokey dia tau selama ni kita dok gelak-gelakkan produk dia, sure dia saman kita. Aku takde harta wehhh!!

Wednesday, December 17, 2008
Bubar
Aku tahu ini keji tapi aku nak buat jugak.
Aku teringin nak pergi di mana-mana perkumpulan, contohnya tempat orang jual ubat kuat akar kayu ( serius ramai yang tertipu ) di mana-mana pasar malam ataupun di kaki lima Bukit Bintang..,
... dan kemudian kentut.
Aku nak tengok kumpulan tu bubar. Bubar sambil saling pandang-memandang dan jeling-menjeling dengan penuh perasaan sangsi dan suspicious akan orang sekeliling. Mata meliar tajam mencari suspek utama.
Ah tak sabar nak buat.

Sunday, December 14, 2008
Encik P dan Encik A ( Episod Terakhir) - akhirnyaaaa...
Ye la ye la aku sambung. Susah betul kalau dah ada orang-orang yang taksubkan aku ni.
.......
....dan pakcik itu pun menghampiri kereta kitorang.
Semakin hampir.
Dan tiba-tiba Encik A bersuara " Pakcik, kenapa ada orang lari-lari lintas jalan?"
Lahhhh.. Diorang pun nampak rupanya. Aku ingatkan aku aje yang berhalusinasi. Tapi aku bengang sebab diorang tak suarakan perihal apa yang diorang nampak. Suka tengok aku mati sakit jantung sorang-sorang agaknya.
Pakcik tu diam. Berdehem-dehem.
Kemudian menjawab, " Sekarang RELA tengah buat operasi tangkap pendatang haram. Tu yang tadi lari-lari orang Indon. Diorang nyorok kat kubur cina nun!"
Dan pada saat itu jugak aku rasa nak jadi helikopter dan libas semua orang kat situ sampai berkecai.
ps: tapi kisah Encik A terlanggar sesuatu tu memang benar dan sehingga sekarang kitorang masih belum menemui jawapan.

Encik P dan Encik A ( Pt. 2)
Aku kembali pulih selepas mengharungi beberapa siri orgasm bila melihat Edward Cullen. Tak perlu susah-susah makan ubat dan meracuni badan.
Ok mari kita sambung kisah Misteri Nusantara.
.......
... Encik P pun berkata " Dah. Jom chow. Jom cepat!!"
Maka Encik A pun masuk semula ke dalam kereta dan mula drive tanpa menghiraukan kondisi tayar kereta yang sudah cacat. Aku pula dah panik. Jantung tachycardia. Adrenaline meluncur deras. Air mata mula nak keluar. Time tu la baru teringat semua benda. Tetiba rasa menyesal sebab taknak habiskan masa hujung minggu duduk diam-diam baca buku. Gatal nak pi berpetualangan.
Dan Encik A tetap meneruskan perjalanan dengan kereta yang tayarnya sedia pecah dan rim bengkok.
Kereta pun terhenjut-henjut. Rasa macam naik kereta kebal.
Kereta dipandu perlahan-lahan sehingga kitorang yakin dah jumpa tempat yang terang dan selamat. Sambil tu Encik P cuba mencontact Encik H, tapi tiada signal. Selalunya kita lihat dalam filem situasi macam ni. Time-time emergency ada aje hambatan. Bateri handphone habis la, minyak kereta tak cukup la. Tapi kali ni memang realiti.
Sepanjang perjalanan semua orang diam. Tatau nak kata apa. Takut nak buat spekulasi.
Sehinggalah kitorang sampai ke satu kawasan yang terang. Aku pun rasa lega. Jantung pun kembali berdetak secara normal. Encik A pun berhentikan kereta di pinggir jalan. Kitorang bertiga keluar dari kereta sambil pandang sekeliling. Aku perhatikan keadaan sekitar. Perhati punya perhati...
Damn. Kitorang kat depan kubur cina!!
Aku rasa nak pitam. Tapi Encik P dan Encik A tetap berlagak cool seolah-olah mereka di tepi pantai. Duduk di atas bonet sambil hisap rokok. Rasa lega sebab berjaya menghubungi Encik H minta dibawakan tayar ganti dan keperluan lain. Time tu pulak tiba-tiba guruh berdentum dan kilat memancar-mancar. Nak hujan la pulakkkk.. Macam-macam dugaan betul. Sebijik macam dalam filem.
Time kilat memancar aku pandang ke arah kubur cina. Cuba buat-buat berani. Aku rasa nak pitam sekali lagi bila aku nampak beberapa kelibat manusia ( aku tak begitu pasti ) di celah-celah kubur cina. Aku terdiam. Lidah kelu nak bagitahu Encik A dan Encik P. Mata aku terus tertumpu kat kawasan kubur cina tu. Dan aku rasa nak mati pulak lepas tu bila aku nampak ada seorang perempuan menggendong anak kecil merentasi kawasan kubur cina tu, melintas menyeberang jalan dan hilang di celah semak-semak.
Gulp!
Aku pandang Encik A dan Encik P. Diorang masih duduk di atas bonet sambil membakar duit dan berborak-borak. Seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku. Aku sorang sahajakah yang nampak akan entiti itu? Aku alihkan pandangan ke tempat lain. Pulak lepas tu ada kelibat manusia jalan kaki dari satu selekoh, tak jauh dari tempat kitorang lepak. Berjalan menghampiri kitorang. Makin lama makin dekat. Dan aku mula nampak susuk sebenar manusia itu.
Seorang lelaki dalam usia pertengahan.
Aku dah musykil. Pakcik ni datang dari mana? Sebab seingat aku takde rumah sepanjang jalan tu. Kiri-kanan hutan sahaja.
Dan pakcik itu menghampiri kereta kami...
..bersambung

Saturday, December 13, 2008
Friday, December 12, 2008
Encik P dan Encik A ( Pt. 1)
Aku takkan pernah dapat lupakan peristiwa ni sampai bila-bila.
Di zaman A-Level aku. Di mana hidup aku penuh dengan kesuraman, kestressan, kehambaran. Lingkungan yang sangat tidak mendukung. Tu sebabnya aku banyak kawan-kawan kat luar.
Antaranya ialah Encik P dan Encik A.
Aku banyak menghabiskan masa hujung minggu dengan mereka. Pergi beli stok makanan untuk cafe diorang la, pergi tengok F1 la, lumba kereta la. Tapi paling selalu ialah pergi memancing. Merata aku berjalan ikut diorang memancing, meskipun aku cuma berperanan sebagai pengacau. Kadang-kadang pencacai tukang angkat barang.
Tapi bukan itu yang aku cuba sampaikan di sini.
Yang aku nak ceritakan ialah pengalaman paling luar biasa yang pernah aku alami sepanjang berpetualang dengan Encik P dan Encik A.
Waktu tu kira-kira pada tahun 2003, aku, Encik P, Encik A dan Encik H ( tamu undangan ) pergi memancing di Sungai Tekala. Tak ingat sangat kat mana. Kat area Semenyih kalau tak salah. Ulu gak tempat tu. Tempat jin bertendang. Pergi ke sana dengan hati yang riang. Nyanyi bagai. Gelak-gelak. Ye la hari tu pi memancing pakai kasut Nike baru beli kat MidValley. Rasa kuat dan hebat. ( ceh itu pun nak bagitau )
Pulang selepas Maghrib. Encik H sudah pulang lebih awal sebab dia ada kenduri. Masa balik, jalan gelap gila. Takde lampu jalan. Sungguh bahaya. Hal ini wajar dilaporkan kepada wakil rakyat setempat. Nampak sangat tak peduli kebajikan rakyat. Dah dapat kerusi terus lupa janji-janji.
Eh melalut pulak..
Ok berbalik kepada cerita. Tengah2 mengharungi jalan yang gelap gelita itu ( Encik A sebagai pemandu, Encik P sebagai kelindan dan aku sebagai mem besar duduk di belakang ), tiba-tiba kereta kitorang bergegar macam langgar sesuatu dan terus berputar2 dan akhirnya berhenti di tengah-tengah jalan secara horizontal. Nasib baik takde kenderaan lalu. Kalau tak selamat.. Dah la kanan tembok kiri gaung. Takde tempat yang selamat.
Encik A jadi panik sambil jerit " Aku langgar apa??!! Apa aku langgar tadi?!!"
Sial semua dah cuak. Encik P keluar dari kereta tengok tayar kanan depan pecah, rim bengkok. Serius macam dah langgar sesuatu tapi check sekeliling tak jumpa apa-apa.
Encik P kata " Dah. Jom chow. Jom cepat!!" Damn. Macam ada kisah Misteri Nusantara je...
...bersambung.

Wednesday, December 10, 2008
Baby-riang.
Aku babaric. Aku kuat makan. Aku tak suka berbaju. Aku buas. Aku suka tipu orang. Aku suka buli orang. Aku suka seksa binatang. Bilik aku bersepah. Dinding bilik aku banyak pecah-pecah sebab aku suka pasang paku.
Aku sukakan kebebasan.
Kekebasan, eh silap kebebasan tanpa batas. Buat apa saja yang aku mahu tanpa memikirkan perasaan orang lain. Tanpa memikirkan konsekuensi.
Sebab tu la impian aku sekarang ialah memalsukan kematian aku. So that aku boleh memulakan hidup baru di mana-mana. Tak payah susah-susah belajar. JPA pun tak tuntut ganti rugi sebab aku dah mati. Mak ayah aku pun tak payah gadai tanah ( itupun kalau ada ) sebab nak bayar tuntutan. Aku akan mencipta identiti baru. Aku boleh buat apa yang aku suka. Orang pun tak kenal.
Aku akan beli one-way ticket ke Madagascar dan mula bersahabat dengan alam rimba. Bina tree house dengan tali ala-ala Tarzan.
Berlari-lari merentasi padang bersama puak Masai di Krueger Park sambil berlatarbelakangkan lagu tema National Geographic. Bertepuk-tampar dengan dubuk-dubuk liar.
Atau duduk di Amsterdam hari-hari stone atau makan magic mushroom sambil menyanyi lagu 'I Am A Walrus.'
Tapi semua tu cuma impian je lah kan. Aku masih ada mak ayah.
Kalau aku tiada mak ayah, mungkin di usia 24 tahun, aku dah ada 8 orang anak, dan seorang lagi on the way.

Mungkin aku akan jadi seperti dalam gambar tersebut. Separuh je anak-anak aku yang kelihatan. Selebihnya tiada dalam gambar sebab berkeliaran.

Tuesday, December 9, 2008
The Return.
Dah 3 abad lamanya aku tak update blog aku ni ( berkata sambil mengibas-ngibas sarang labah-labah ).
Tidak menulis apa-apa entry di blog ini bukan bermaksud hidup aku hambar. Bukan bermakna tidak ada apa-apa benda menarik berlaku dalam hidup aku. Hakikatnya sungguh banyak sekali. Kalau aku ceritakan semuanya di sini, pasti anda semua cemburu. Pasti anda semua mahu menjadi seperti aku.
Aku yakin.
Bagaimana dengan raya korban anda semua? Untuk mengelakkan anda berspekulasi yang bukan-bukan dengan hidup bahagia aku, memikirkan yang indah-indah tentang hidup aku sehingga membuatkan anda semua makan hati dengan aku, mari aku ceritakan pengalaman raya korban aku. Supaya anda semua rasa lega dan berfikir " Lerr.. takde la best mana sangat dia ni. Setaraf je dengan aku."
Buka mata anda semua luas-luas.
Aku bangun kira-kira pukul 9 pagi waktu Indonesia Barat, atau bersamaan pukul 10 pagi waktu Malaysia. Telefon orang kampung di seberang. Setelah bertukar khabar, gelak ketawa dan caci-maki adik beradik sebab diorang dapat makan best-best, aku turun ke dapur. Bukak fridge, capai sekampit marshmallows dan sebotol peanut butter Skippy. Maka aku menghabiskan siang hari raya korban aku depan tv sambil makan marshmallows cicah peanut butter. Petang pula aku ke gym berencana ikut bodypump dan real-stepper.
Demikianlah adanya...
Korang jangan risau. Aku tetap manusia biasa walaupun kadang-kadang aku buat banyak benda luar biasa.
Walaupun aku nampak bergaya, tapi kenyataannya aku hanyalah manusia sederhana yang suka pakai baju kelawar dan selesa mengenakan panties yang getahnya sudah melar.

Sesederhana lalat di dinding bilik aku yang berdesing mencari jalan keluar.

Friday, November 7, 2008
SBDW Episod 7 : Sedih
Tiada ada yang lebih menyedihkan aku bila
- menikmati suapan terakhir makanan yang enak. Sungguh tidak nikmat.
- keluar bersiar-siar di shopping mall sejak awal pagi dan berkurung di dalam sana tanpa mengetahui situasi dunia luar dan tau-tau aje bila keluar dari shopping mall, hari pun sudah malam. Rasa seperti kehilangan satu hari.
- bukak fridge dan melihat isinya kosong. Rasa macam miskin gila.
- check balance rekening di ATM setelah 3 minggu mendapat elaun.
Saturday, November 1, 2008
SBDW Episod 6 : Jernih
Malam semalam adalah malam yang indah.
Berconference dengan M dan C. Berebut-berebut mahu meluahkan isi hati. Berebut-rebut nak sebarkan cerita masing-masing. The more the 'meriah.' Bergosip, mengumpat, curhat dan menabur fitnah secara berjemaah.
Asyik.
Tanpa gangguan koneksi.
Macam motto Indovison ' Tetap Jernih di Segala Cuaca.'
Pagi tadi bangun pukul 9.30. Kelas pediatrik start pukul 1. Masih ada banyak masa untuk menelaah dan mencari maklumat tentang nebulizer dan immunization. Lebih baik kalau dicari maklumat di internet.
Tapi, pagi tadi internet pulak buat hal. Ahhhh...
Waktu aku semangat nak belajar lah ko buat hal.
Pengajaran : bila internet ok, cepat-cepat la cari maklumat yang diperlukan.

Wednesday, October 29, 2008
SBDW Episod 5 : Debar
Pernah tak korang rasa,
jantung macam nak pecah;
nafas terhenti;
peluh menitik;
otak ligat berpusing;
kaki dan lutut lemah;
perut tiba-tiba sakit rasa macam nak berak;
dan dunia serasa berhenti berputar.
Semua tu kau rasa bila kau capai telefon dan telefon orang yang lama sangat tak muncul dalam hidup engkau, dan satu masa dulu setiap halaman diari hidup kau penuh dengan nama orang tu. Sampai kena beli diari baru stapler kat belakang diari lama.
Macam kita selalu buat kat buku rampaian sekolah dulu-dulu.
Pastu kau akan rasa menyesal sebab kau ambil tindakan macam tu.
Itu la yang aku rasa 5 minit tadi.
Tapi nasib baik orang tu tak angkat telefon. Takde jodoh agaknya...

Tuesday, October 28, 2008
SBDW Episod 4 : 3 Sekawan
Aku tau korang mesti tau lagu ni. Korang mesti belajar time kelas muzik kat sekolah rendah dulu.
" Ada seorang kawan, namanya Ali,
Dia juga berkawan, namanya Muthu,
Kami berkawan baik, sama sedarjah,
Belajar bersama, main bersama.
Hey..hey..hey..
Hey..hey..hey..
3 sekawan.. "
Dia juga berkawan, namanya Muthu,
Kami berkawan baik, sama sedarjah,
Belajar bersama, main bersama.
Hey..hey..hey..
Hey..hey..hey..
3 sekawan.. "
Persoalannya sekarang,
MANA DATANGNYA SEKOR LAGI KAWAN? Bukan sebut nama 2 orang je ke dalam lagu tu.
Mungkin ada seorang imaginary friend. Mungkin.
Hmmm..

SBDW Episod 3 : Kain
Aku taip entry ni dalam keadaan yang tidak semenggah - berkemban.
Jakarta sekarang tidaklah sepanas semalam atau hari-hari sebelumnya ataupun minggu lepas. Sekarang sudahpun masuk musim tengkujuh. Namun hujan turun tidaklah begitu lebat. Jangan la hujan lebat-lebat. Bumbung bilik aku bocor. Aku dah tak kuat nak alihkan tilam tiap kali hujan. Kalau hujan lebat nanti banjir. Bila banjir aku la orang yang excited sebab ada banyak air. Aku akan menggelupur nak main air macam orang kena sawan. Orang sawan kan kena cari air.
Macam Sharifah Aini kat Seri Pentas TV3 dulu.
Tapi dia claim dia kena serang.
Apa-apalah. Yang penting jangan banjir. Nanti aku main air di samping tahi-tahi yang terapung. Tanah Jakarta ni subur sebab rakyat diorang tabur baja urea di mana-mana sahaja. Tidak mengira tempat dan waktu. Rakyat jelata berkerjasama menjayakan usaha hijaukan bumi.
Tu la sebabnya Jakarta ni hancing. Depan rumah aku pun sama.
Tapi yang aku sedar sekarang, aku dah mula tak suka mengenakan pakaian. Aku lebih suka pakai t-shirt dan knickers sahaja dan berkeliaran dalam rumah.
Lebih enak lagi kalau aku boleh telanjang.
Gilakah aku? Pervertkah aku?
Hmmmm...

Friday, October 24, 2008
Siri Bercakap Dengan Wawa Episod 2 : Pintu
Masa aku kecik-kecik dulu, mak ayah aku belikan kami adik beradik buku-buku. Pelbagai jenis buku dihidangkan kepada kami. Bukan setakat buku cerita, ensiklopedia ( eja pun tak reti ) pun berset-set dibeli, daripada set Disney sampai la set Brittania yang kelihatan sangat serius dan ilmiah sampai kitorang nak baca pun takut. Sangat takut.
Antara koleksi-koleksi buku yang aku masih ingat dan masih ada lagi dalam simpanan perpustakaan mini kitorang ialah buku yang berjudul "Kisah dan Tauladan."
Buku ini menceritakan tentang kisah-kisah manusia di zaman para Anbiya, tentang umat-umat yang mencapai kemenangan, tentang orang-orang yang hidup dalam kesesatan.
Kisah orang-orang yang syirik.
Dari buku ni la aku belajar istilah 'syirik'. Masa tu aku darjah 2 or darjah 3. Apa yang aku dapat tangkap dari buku ni, orang yang syirik tu orang yang sembah benda lain selain Allah, contohnya berhala, pokok besar, dan lain-lain. Nanti lepas sembah-sembah benda tu, ada syaitan muncul menyerupai benda-benda yang best dan offer untuk menunaikan semua impian orang tu.
Macam Benson & Hedges Golden Dreams.
Masa tu aku lurus lagi. Aku pun tertanya-tanya apa rasanya jadi syirik? Betul ke nanti syaitan keluar? Betul ke nanti dapat macam-macam hadiah? Betul ke dapat duit emas macam kisah orang alim yang nak tebang pokok besar tu? Aku pun bertekad nak cuba. Aku fikir, apa yang aku nak sembah ye? Nak sembah berhala, rumah aku takde patung-patung besar. Nak sembah pokok besar, takde. Lagipun nanti kalau orang kampung nampak aku tersujud-sujud depan pokok, jadi spekulasi pulak. Tak pasal-pasal mak ayah aku kena usung naik Black Maria.
Kesudahannya aku sembah pintu bilik aku.
Lama jugak aku buat. Dalam 2-3 hari. Sujud dan menyembah macam kita tengok kat dalam tv. Aku berharap ada syaitan keluar kasi aku hadiah, atau ada benda magis terjadi.
Tapi hampa. Takde apa-apa pun yang berlaku.
Agak-agaknya la kan, aku syirik tak? Allah ampunkan dosa aku tak?

Tuesday, October 21, 2008
Siri Bercakap Dengan Wawa Episod 1
Dah penat tulis blog dalam Bahasa Inggeris. Lagipun bukannya pandai sangat Bahasa Inggeris. Tambah-tambah pulak duduk Jakarta. Kena cakap Bahasa Indonesia pulak. Dah 3 tahun duduk sini. Tempe tauhu dah berbakul-bakul telan tapi tak pandai-pandai cakap Bahasa Indonesia jugak...
Rumah baru pasang internet. Tapi asyik terputus-putus atau disconnect dalam istilah ITnya. Tertekan. Nak survey barang-barang pun jadi hilang semangat.
Hobi saya sekarang ialah melihat barang-barang di eBay. Tapi cuma cuci mata la. Belum mampu nak pakai barang-barang mahal. Sikit-sikit boleh la.
Ikutkan nafsu semua nak berjenama dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Hakikatnya pelajar scholar macam saya dan kawan-kawan yang lain memang tak mampu. Tadi kat eBay ada hati nak tengok kasut Steve Madden, walhal yang mampu cuma kasut Steve Maidin. Handbag mahukan yang jenama bunyinya 'Christian Dior', tapi Christian 'Nyior' sahaja yang terdaya, apatah lagi jenama-jenama lain seperti Gas, Polo Ralph Lori, Zaharah, Estee Laudin, dan lain-lain.
Handphone pun nak yang mahal aje. Lagi banyak function lagi hebat - 3G, gigibiru, wifi, GPRS, GPS, MP4 sume tu, biarpun yang tahu guna cuma SMS dan panggilan. Yang penting gaya. Lagi canggih kalau pakai PDA. Konon-konon boleh surf internet dan check email, walaupun ada sesetengahnya ingat kalau nak hantar e-mail kena pakai setem. Belum kira yang nak bergaya dengan sI-pod.
Tapi apa kisah ye tak? Biar papa kedana asal bergaya.

Subscribe to:
Posts (Atom)