Friday, January 2, 2009

Ba Alip Ba Ya

Hari ini adalah hari menguji kesabaran.

Kucing-kucing rumah sebanyak 6 ekor memberontak. Depa dok kencing merata-rata. Selama ni tak pernah macam tu. Rasa nak buang je, tapi rasa tak adil sebab tatau yang mana satu suka melepaskan hadas kecil merata-rata tu. Ayah aku pun dah fedup, tapi dia dalam dilema. Kalau eksport kucing-kucing tu ke pasar berdekatan ( biar senang sikit cari makan ), ayah aku pulak takde kawan bersembang. Boleh menjurus ke arah depresi.

Dan misteri siapa yang kencing masih belum dapat dipecahkan. Aku pula yang kena bersihkan najis diorang.

Lepas sembahyang jumaat (bukan aku la semayang jumaat. maksud aku waktu kira-kira selepas semayang jumaat. sentap betul korang ni) aku keluar ke pekan berhampiran membeli keperluan. Dah la panas, parking pulak susah nak jumpa. Pemandu pulak bermacam-macam ragam. Elok je nak melangkah masuk kedai, dapat panggilan SOS dari makcik aku yang kebetulan in town. Dan kereta dia mogok. Mintak aku datang selamatkan. Nasib baik makcik. Aku pi la tengok. Macam la aku ni mekanik.

Dia kata minyak hitam habis. Enjin mogok. Warrrrggghhhhhhhh!! Dah tau minyak hitam habis pi la beli. Bagitau aku pasai apaaa??!! Kecuali la kereta kau gerak pakai air hadas kecil aku. Itu lain cite. Pastu suruh aku pi beli minyak hitam kat stesen minyak kebangsaan yang letaknya cuma beberapa rantai. Lagi aku bengang. Beli sendiri tak boleh? Susah-susah call aku semata-mata suruh aku beli minyak hitam?

Rasa nak curah minyak kat badan dia pastu baling puntung rokok. Macam cite mafia. Eh tak. Aku nak bila terbakar api tu menghasilkan corak yang berbentuk tengkorak. Macam The Punisher. Baru puas hepar aku.

Then petang tadi nak balik kampung. Habit aku kalau cuti sekolah petang-petang balik kampung. On the way balik, depan kereta aku ada satu kereta yang maha lembab. Kejap ke kiri kejap ke kanan. Ada sticker 'P'. Aku cuba bersikap memahami, tapi bila dah sampai tahap kau bawak kereta dengan kelajuan 14.7km/jam, sapa tahan.

Dalam kepala aku sambil memandu, aku berfantasi menghimpit kereta dia ke pinggir jalan, tarik dia keluar dari kereta. Dan aku tumbuk perut dia laju-laju. Dan pastikan tumbukan aku tu benar-benar padu. Biar nenek moyang dia turut merasakan kesakitan itu. Puas hati.

Gila sakit hati hari ni.

Dan aku cuba melampiaskan kemarahan aku dengan menawarkan diri membantu pakcik aku di kampung mengecat reban ayam yang baru direnovate dan diextend kerana kapasiti ayam dah bertambah.

Pakcik aku suruh buat coating papan reban ayam dengan MINYAK HITAM.

Ba alip ba ya.


P/s: oi M, aku type entry ni atas toilet bowl. Rumah aku dah maju.

4 comments:

Cuki said...

haha. tercapai cita-cita (berinternet di jamban)...

Anonymous said...

terbyg atas toilet bowl and laptop kat lap. ewwwwwwwwwwww

N

Perempuan cerdas said...

Weyy beruk.

Nanti nak pergi rumah kau berak dan ber wifi.

M

z a t i said...

kehidupan kau sungguk komik.

hapar tu ape?