Ya.
Mereka semakin melampau. Aku dah tak tahan dengan perangai dan karenah diorang. Banyak songeh betul. Rakus pulak tu. Sumpah taktau malu.
Tapi diorang kawan ayah aku. Nak tak nak kena layan. Diorang nak makan, aku siapkan, hidangkan. Tapi sapa tahan kalau dah ramai. Satu dua takpe la. Ini enam. Diulangi, ENAM!!
Kalau setakat makan je, aku boleh tahan lagi. Ini melilau buat sepah satu rumah aku. Berbulu mata aku tengok. Nak pukul, berdosa. Nanti ayah aku pukul aku balik. Nanti aku dicop sebagai anak kurang ajar.
Sabar je lah.
Kalau aku halau, kesian ayah aku takde kawan-kawan. Mereka berenam tu la kawan-kawan ayah aku. Anak-anak jauh. Bila kitorang adik-beradik takde rumah, diorang la tempat ayah aku bercakap-cakap. Mak aku kerja. Malam baru dapat jumpa.
Diorang ni memang derhaka. Kucing-kucing durjana!
4 comments:
hey engkau
aku pencinta kucing
chet. mati2 ingat marah kat manusia...
(^.^; ) nape aku berfikiran "lain" semase mambace ayat2 kau wa.
kasi la diorg..eh, diekucing mkn kari2 leftover kau tu.hihi
bg kucing makan dark choc. then bila dia mati, buat2 x tahu. (eh main2 je. jgn buat.. serious kejam)
N
Post a Comment