Saturday, January 3, 2009

JKK Kg. Batang Nyamor

Hari ini dalam sejarah.

Pertama kali menghadirkan diri dalam mesyuarat jawatankuasa kemajuan kampung di kampung aku. Jadi escort 2 orang uncle aku untuk bentangkan proposal membangunkan industri air minuman berperisa di sana.

Dan sepanjang perjalanan mesyuarat, aku mengalami bipolar disorder. Kejap depresi kejap ketawa gembira.

Antara menit mesyuarat yang aku catat :
  1. AJK kampung dibenarkan hisap rokok sewaktu mesyuarat.
  2. Mesti ada teh-o atau teh susu.
  3. AJK kampung aku kuat menyampuk. Ada sorang pakcik tu, 'act' satu macam atau dalam bahasa kampung aku - 'JOBO'. Orang tak habis cakap dia dah pancung. Macam bagus-bagus.
  4. Mesyuarat tidak harus formal dari segi bahasa mahupun penampilan. Mesyuarat dijalankan dalam bahasa daerah, dan AJK dibenarkan masuk ke bilik mesyuarat memakai selipar jepun cap 'Long Kang.' Ada juga yang datang dengan uniform toreh getah.
  5. Meja mesyuarat banyak taik cicak.
  6. Ada AJK yang tidur atau buat mesyuarat sendiri kat belakang.
Mesyuarat ditangguh tanpa ada kata sepakat.

Dan Pak Lah pun tersenyum manja memandang kami dari dalam frame yang tergantung di dinding.

4 comments:

stam said...

heh, gadis funny:)

Perempuan cerdas said...

hahahhah pak lah tu lawak.

N

Anonymous said...

Aneh2 je activity awak dekat rumah
haha :p
Paling tak tahan tahi cicak tu

Perempuan cerdas said...

Stam,

Dia bukan funny.

Dia gila and tolonglah saya dah tak tahan hidup dengan dia.
Dah almost 10 years.

sumpah otak damaged.

Pak Lahhhhhhhhhhhh manjalah awak.

Wey beruk cepat balik aku dah cakar dinding ni.

M