Waktu aku darjah 5, guru besar sekolah aku melancarkan kempen 'Kupon Buat Baik' untuk menggalakkan pelajar-pelajar bersikap lebih manusiawi.
Contohnya, jika seorang pelajar menolong cikgu Pendidikan Jasmani mengambil bola di setor sukan yang berbau hapak dan kurang pencahayaan ( dan barang-barang bersepah. jika ular tedung tumpang berteduh pun nescaya tiada siapa yang akan tahu ), maka pelajar itu akan dianugerahi dengan beberapa keping kupon berwarna 'pink'. Di atas kupon tersebut akan dicatat nama pelajar tersebut, kelas, tarikh berbuat pahala dan perbuatan yang dilakukan yang dijanjikan balasan pahala.
Begitu juga bila seorang pelajar membantu cikgu angkat buku / beg.
Dan setelah cukup jumlah kupon ( dengan jumlah tertentu ), kupon tersebut boleh ditukar dengan sepinggan nasi ayam / mi kari / soto ayam di kantin sekolah. Di mana di waktu itu makanan-makanan tersebut diibaratkan seperti hidangan maharaja, jika dibandingkan dengan mi goreng / nasi goreng kering yang dijual sepinggan dengan harga 30 sen yang disediakan oleh pekerja kantin yang belum diketahui samada sudah disuntik dengan vaksin Thypoid atau belum.
Maka berebut-rebutlah pelajar SRKTB untuk berbuat baik - demi sepinggan hidangan maharaja.
Aku pun terlibat sama.
Al-hasil, sekarang aku menjadi manusia yang kurang timbang rasa, tamak, penipu, pemeras dan sewaktu dengannya.
Yang aku cuba sampaikan sekarang, jangan ajar budak-budak rasuah sejak kecil. Baik diterangkan akan erti berbuat baik dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan.
Aku adalah produk gagal dari kempen itu. Ok cukup.
Dan aku berfantasi mahu 'slide' atas tilam Dunlop dari tangga teratas Batu Caves. Macam dalam cerita Princess Diaries 2 : Royal Engagement.

4 comments:
Korupsi siot.
Sumpah.
Salah gila babi.
M
haha.
thanks for the coffee!
seriously.....????? cikgu mane la kasi cadangan tak ditutup tu.
-zatimalasnaksignin-
hahahhah ya, ini lah hasil nya.
N
Post a Comment