Tuesday, December 9, 2008

The Return.

Dah 3 abad lamanya aku tak update blog aku ni ( berkata sambil mengibas-ngibas sarang labah-labah ).

Tidak menulis apa-apa entry di blog ini bukan bermaksud hidup aku hambar. Bukan bermakna tidak ada apa-apa benda menarik berlaku dalam hidup aku. Hakikatnya sungguh banyak sekali. Kalau aku ceritakan semuanya di sini, pasti anda semua cemburu. Pasti anda semua mahu menjadi seperti aku.

Aku yakin.

Bagaimana dengan raya korban anda semua? Untuk mengelakkan anda berspekulasi yang bukan-bukan dengan hidup bahagia aku, memikirkan yang indah-indah tentang hidup aku sehingga membuatkan anda semua makan hati dengan aku, mari aku ceritakan pengalaman raya korban aku. Supaya anda semua rasa lega dan berfikir " Lerr.. takde la best mana sangat dia ni. Setaraf je dengan aku."

Buka mata anda semua luas-luas.

Aku bangun kira-kira pukul 9 pagi waktu Indonesia Barat, atau bersamaan pukul 10 pagi waktu Malaysia. Telefon orang kampung di seberang. Setelah bertukar khabar, gelak ketawa dan caci-maki adik beradik sebab diorang dapat makan best-best, aku turun ke dapur. Bukak fridge, capai sekampit marshmallows dan sebotol peanut butter Skippy. Maka aku menghabiskan siang hari raya korban aku depan tv sambil makan marshmallows cicah peanut butter. Petang pula aku ke gym berencana ikut bodypump dan real-stepper.

Demikianlah adanya...

Korang jangan risau. Aku tetap manusia biasa walaupun kadang-kadang aku buat banyak benda luar biasa.

Walaupun aku nampak bergaya, tapi kenyataannya aku hanyalah manusia sederhana yang suka pakai baju kelawar dan selesa mengenakan panties yang getahnya sudah melar.


Sesederhana lalat di dinding bilik aku yang berdesing mencari jalan keluar.

5 comments:

Perempuan cerdas said...

AHAHHAHAHAHHAHA.

Wawa bodoh.
Spender buat trampoline.
Tapi kau beraya dengan aku.
Kita tidur sampai petang pastu marah semua orang kan?

Wakakakkakaa

Perempuan cerdas said...

WTF babi gambar lalat.

HAHAHAHHAHAHAHAHA
HAHAHAHAHAHAHHAHA

Rasa nak terajang pintu bilik kau and pijak perut kau sekarang jugak.

WAHHAHAHAHAHAHAHAHAHA

Cuki said...

perempuan senteng

NS said...

hahahahaha lawakkkkkkkkkk !!!!!!

Anonymous said...

nipple biji kacang hijau? wakakakakkaka

N