Aku kembali pulih selepas mengharungi beberapa siri orgasm bila melihat Edward Cullen. Tak perlu susah-susah makan ubat dan meracuni badan.
Ok mari kita sambung kisah Misteri Nusantara.
.......
... Encik P pun berkata " Dah. Jom chow. Jom cepat!!"
Maka Encik A pun masuk semula ke dalam kereta dan mula drive tanpa menghiraukan kondisi tayar kereta yang sudah cacat. Aku pula dah panik. Jantung tachycardia. Adrenaline meluncur deras. Air mata mula nak keluar. Time tu la baru teringat semua benda. Tetiba rasa menyesal sebab taknak habiskan masa hujung minggu duduk diam-diam baca buku. Gatal nak pi berpetualangan.
Dan Encik A tetap meneruskan perjalanan dengan kereta yang tayarnya sedia pecah dan rim bengkok.
Kereta pun terhenjut-henjut. Rasa macam naik kereta kebal.
Kereta dipandu perlahan-lahan sehingga kitorang yakin dah jumpa tempat yang terang dan selamat. Sambil tu Encik P cuba mencontact Encik H, tapi tiada signal. Selalunya kita lihat dalam filem situasi macam ni. Time-time emergency ada aje hambatan. Bateri handphone habis la, minyak kereta tak cukup la. Tapi kali ni memang realiti.
Sepanjang perjalanan semua orang diam. Tatau nak kata apa. Takut nak buat spekulasi.
Sehinggalah kitorang sampai ke satu kawasan yang terang. Aku pun rasa lega. Jantung pun kembali berdetak secara normal. Encik A pun berhentikan kereta di pinggir jalan. Kitorang bertiga keluar dari kereta sambil pandang sekeliling. Aku perhatikan keadaan sekitar. Perhati punya perhati...
Damn. Kitorang kat depan kubur cina!!
Aku rasa nak pitam. Tapi Encik P dan Encik A tetap berlagak cool seolah-olah mereka di tepi pantai. Duduk di atas bonet sambil hisap rokok. Rasa lega sebab berjaya menghubungi Encik H minta dibawakan tayar ganti dan keperluan lain. Time tu pulak tiba-tiba guruh berdentum dan kilat memancar-mancar. Nak hujan la pulakkkk.. Macam-macam dugaan betul. Sebijik macam dalam filem.
Time kilat memancar aku pandang ke arah kubur cina. Cuba buat-buat berani. Aku rasa nak pitam sekali lagi bila aku nampak beberapa kelibat manusia ( aku tak begitu pasti ) di celah-celah kubur cina. Aku terdiam. Lidah kelu nak bagitahu Encik A dan Encik P. Mata aku terus tertumpu kat kawasan kubur cina tu. Dan aku rasa nak mati pulak lepas tu bila aku nampak ada seorang perempuan menggendong anak kecil merentasi kawasan kubur cina tu, melintas menyeberang jalan dan hilang di celah semak-semak.
Gulp!
Aku pandang Encik A dan Encik P. Diorang masih duduk di atas bonet sambil membakar duit dan berborak-borak. Seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku. Aku sorang sahajakah yang nampak akan entiti itu? Aku alihkan pandangan ke tempat lain. Pulak lepas tu ada kelibat manusia jalan kaki dari satu selekoh, tak jauh dari tempat kitorang lepak. Berjalan menghampiri kitorang. Makin lama makin dekat. Dan aku mula nampak susuk sebenar manusia itu.
Seorang lelaki dalam usia pertengahan.
Aku dah musykil. Pakcik ni datang dari mana? Sebab seingat aku takde rumah sepanjang jalan tu. Kiri-kanan hutan sahaja.
Dan pakcik itu menghampiri kereta kami...
..bersambung

4 comments:
hai...apa kabar mampir yuk...
loh.. asik asik bersambung. dah macam sinetron dah
alah cepat la sambung
alaaaaaaaa kenapa kena sambung?? habis kan je la.. isk serious boleh jd gila.
N
Post a Comment