Tuesday, October 28, 2008

SBDW Episod 3 : Kain

Aku taip entry ni dalam keadaan yang tidak semenggah - berkemban.

Jakarta sekarang tidaklah sepanas semalam atau hari-hari sebelumnya ataupun minggu lepas. Sekarang sudahpun masuk musim tengkujuh. Namun hujan turun tidaklah begitu lebat. Jangan la hujan lebat-lebat. Bumbung bilik aku bocor. Aku dah tak kuat nak alihkan tilam tiap kali hujan. Kalau hujan lebat nanti banjir. Bila banjir aku la orang yang excited sebab ada banyak air. Aku akan menggelupur nak main air macam orang kena sawan. Orang sawan kan kena cari air.

Macam Sharifah Aini kat Seri Pentas TV3 dulu.

Tapi dia claim dia kena serang.

Apa-apalah. Yang penting jangan banjir. Nanti aku main air di samping tahi-tahi yang terapung. Tanah Jakarta ni subur sebab rakyat diorang tabur baja urea di mana-mana sahaja. Tidak mengira tempat dan waktu. Rakyat jelata berkerjasama menjayakan usaha hijaukan bumi.

Tu la sebabnya Jakarta ni hancing. Depan rumah aku pun sama.

Tapi yang aku sedar sekarang, aku dah mula tak suka mengenakan pakaian. Aku lebih suka pakai t-shirt dan knickers sahaja dan berkeliaran dalam rumah.

Lebih enak lagi kalau aku boleh telanjang.

Gilakah aku? Pervertkah aku?

Hmmmm...

No comments: