Monday, August 24, 2009

Ji-Bon

Hari ini barulah aku merasa terpanggil untuk mengupdate blog aku yang berwarna-warni penuh kisah suka duka. Hari ni baru lah ada kelapangan sikit. Hari-hari lain aku agak sibuk mengqada'kan tidur yang sering diinterupsi.

Hari ni hari ke-9 aku di department paediatrics, atau dalam bahasa tempatannya 'siklus anak.' Ya, semua benda di sini mahu dialih-bahasakan. Kat sini semangat kebangsaan dia lain macam sikit. Tu sebab selang 3, 4 hari ada je demo depan kedutaan Malaysia pasal isu yang merepek-repek tak masuk akal. Aku malas nak uraikan di sini.

9 hari di Rumah Sakit Umum Daerah Karawang cukup untuk mengajar aku sepak terajang dunia kedokteran. Jangan terpengaruh dengan cerita 'Ampang Medik.' Tipu je semua tu.

Kisah aku lebih class.

Antara isi penting :

1. Hanya 30% kemampuan dan usaha kamu sahaja yang dinilai. Selebihnya bergantung kepada kemampuan kamu mengampu dan menjilat bontot para dokter specialist yang bertanggungjawab menguji kamu. Maka berlumba-lumbalah anak-anak kedokteran di sini membeli hati para dokter dengan menyiapkan breakfast di meja mereka, membelanja makan dan berkaraoke. Kalau yang mempunya duit lebih, membelikan Blackberry.

2. Para nurse di sini mempunyai kuasa mutant mampu menangkis segala jenis bunyi. Makanya kalau ada pesakit yang mengetuk pintu mereka di waktu malam, mereka akan pulang ke ke katil dengan kekecewaan kecuali kalau ada doktor pelatih berhati mulia macam aku oncall malam itu yang bersedia + terpaksa melayani mereka.

3. Jikalau seorang yang sakit, maka berduyun-duyunlah orang kampung, ahli keluarga dan warga sekitar turut sama menginap di wad pesakit sampai tidur-tidur di atas lantai, bawah katil dan belakang pintu. Sampai nak check patient pun kena melangkah dengan berhati-hati takut terpijak perut orang.

4. Majoriti orang-orang yang datang berubat di hospital ini adalah dari golongan peasants dengan pendapatan isi rumah kurang dari RM200. Gunakan hati perut anda untuk membayangkan keadaan dan kesesakan di sana.

5. Kebanyakan pintu-pintu utama hospital dikunci. Tak tahu apa tujuan mereka. Mungkin untuk membendung kemasukan orang-orang aneh. Meskipun banyak pintu dikunci, masih ada segelintir manusia yang menyalahgunakan kemudahan hospital. Tadi aku baru nampak beberapa pasangan berjalan berpegangan tangan di perkarangan hospital dengan muka riang. Ada yang duduk-duduk di tepi longkang sambil makan kacang, minum kopi dan hisap rokok. Kadang-kadang confuse aku, ini hospital ke funfair?

6. Aku kena oncall 30jam, 2 kali seminggu. Berapa banyak waktu tidur aku dah rugi..

5. Kenderaan rasmi untuk aku ke pekan membeli keperluan berhari-hari adalah beca.

Terakhir,

7. Aku suka dengan tempat tinggal aku sekarang. Ada jejaka manis duduk kat bilik depan bilik aku. Suka sebab dia bawak aku makan sahur kat R&R lepas mengetahui aku terkontang-kanting tatau nak sahur kat mana sebab aku tengah oncall time itu. Sweetnyaaaaa... (ptuih!)


Nanti aku update lagi. Mahu tidur. Bye.

5 comments:

NS said...

kasihan :( -geleng kepala

gman said...

aiseh...serius ke kena bodek2 dokter waktu siklus nnt? arghhh..

kat hospital mne tuh?

Cuki said...

awwww

fafa said...

semua RS mcm tu ke
Benci ah

Anonymous said...

cam kat dimensi lain jer keadaan kat situ.. ;|