Malam tadi rumah aku kelam kabut.
Si little rascal Hana, menangis setiap 20 minit. Tatau pasal apa. Aku check temperature dia, normal. Kakak aku pulak dah fikir yang bukan-bukan. Takut anaknya tersampuk hantu.
Satu rumah berjaga sebab dia. Lepas berjaya tidurkan dia, mak aku naik semula ke tingkat atas. Kira-kira 30minit kemudian, Hana menangis lagi. Mak aku dengan tabahnya turun lagi dan mendukung Hana dengan niat mahu membawanya tidur di tingkat atas. Tiba-tiba Hana muntah projectile macam Linda Blair dalam cerita The Exorcist. Habis penuh tangga dengan dinding-dinding tepi tangga sekali. Mak aku pasrah, namun dia lupa yang tangga sudah berlendir.
Pedepekkk!!
Paginya mak aku ke hospital untuk pemeriksaan, dan pulang dengan kaki kiri berbungkus. Jalan pula macam Robocop. Doktor menyatakan mak aku ada thin crack di tulang tarsal kaki kirinya. Kalau tidak dipasang cast, takut membengkak. Mak aku pasrah buat kali kedua.
Dan Hana diburu rasa bersalah sepanjang hari sebab kitorang tuduh dialah punca 'nenek sakit kaki.' (tanpa niat).
1 comment:
kesiannya mak awak
Cuti la dia skarang ni ya
Post a Comment