2 hari menjaga Hana dan Zuhair kerana abahnya ke Myanmar dan mamanya ke ntah mana membuatkan aku temper sebab tak cukup tidur. Malam-malam kena bancuh susu. Belum kira si Hana tiba-tiba mengigau sebab terlalu suka bermain siang tadi.
Berlatih? Banyak la korang punya berlatih. Aku tengah hot ni.
Tadi petang ke Bukit Setiawangsa menghadiri undangan perkahwinan anak buah aku, Zarith Aidah yang merupakan anak kepada sepupu aku. She's only 22. Mak ayah dia risau dia kat England bercintan-cintun, maka sebaiknya dinikahkan sahaja.
Maaf tiada gambar pengantin.
Usai majlis, ke rumah saudara-mara di Jalan Jelatek untuk makan 2nd round. Dan meninjau montessori di tingkat atas rumah yang baru dibuka Mac kelmarin.
2 comments:
wa, montessori induk ko tu nak join cammano?
zZana : Montessori induk aku tu kat kat Jalan Jelatek, bebetul across LRT Jelatek. Nanti aku tanya induk the details.
Post a Comment