Thursday, June 18, 2009

Malas Naik Bas.

Seperti hari-hari biasa, aku naik bas no. 46 ke hospital. Cuma minggu ni prestasi aku jatuh merudum sebab indeks kemalasan dah meningkat. Pukul 7.30 baru melangkah keluar rumah berbanding pukul 6 pagi 2 minggu yang sudah. Itu pun nasib-nasib. Kadang-kadang lagi lambat sebab nak tunggu tuai hasil kebun kat FB. Serius addiktif.

Tadi dalam bas ada seorang pakcik tua berketayap naik bas bawak speaker dan tape recorder. Kemudian dia membunyikannya. Oh, nak mintak sumbangan pembangunan masjid rupanya. Satu inovasi baru. Sekurang-kurangnya tak la perit tekak nak menjerit sepanjang hari. Mula-mula keluar suara memuji Illahi dan selawat ke atas nabi. Aku menyeluk poket meraba-raba wang kertas.

Tapi tak lama lepas tu, berbunyi la suara menyeru ikut menyumbang pembangunan masjid. Tapi dalam bentuk suara Mat Qay-Poh dalam Melodi tahun 90'an dulu. Aku jadi curiga.

Perlahan-lahan tangan dikeluarkan dari poket.

Kosong.

No comments: