Monday, June 22, 2009

=)

Aku memilih hari ini untuk berdendang sayang. Mahu mall hopping ke sana sini.

Bangun pagi. Mandi. Buka almari. Pilih baju yang paling berseri. Pilih seluar yang paling ada efek kaki kurus dan panjang. Mahu kelihatan seperti anak kijang.

Keluarkan koleksi kosmetik yang ada. Conteng muka. Gariskan warna hitam bawah mata. Oleskan lipstik merah menyala.

Beralih ke rak tepi tilam. Mencapai botol bertudung kuntum bunga berwarna hitam. Semburkan minyak wangi ke badan banyak-banyak - biar orang bau naik pitam.

Panjat kerusi. Meraba-raba atas almari. Pilih dustbag, keluarkan isi.

Berlari menuruni tangga. Runsing memilih sepatu yang pelbagai rupa.

Keluar rumah. Tahan bajaj. Keluar ke simpang besar. Tahan taksi. Masuk sahaja ke perut taksi, berkumandang lagu 'Makhluk Tuhan Paling Sexy'.

Aku senang hati. Pilihan yang sungguh tepat sekali.

1 comment:

FaFa said...

hey sexy pergi shopping ke