Demi memenuhi tuntutan fans-fans di luar sana, aku akur dan terpaksa juga update blog ini.
Semalam aku menonton The Curious Case of Benjamin Button di Blitz Megaplex Grand Indonesia. Memang grand dan gah tempat itu. Sesuai dengan nama. Ini adalah filem kedua yang aku tonton dalam minggu ini selepas Slumdog Millionaire.
Terbakar bontot 3 jam lebih duduk dalam wayang.
Sebelum menonton, kami [ aku dan dia ] berjalan-jalan di sekitar mall, mencari makanan untuk diseludup masuk ke dalam wayang. Malas nak beli makanan kat dalam. Hello, kitorang bukan miskin ya. Siapa kata kitorang miskin tak mampu beli makanan kat dalam aku tampar mulut dia. Kami cuma tidak mahu membazir membeli makanan yang ridiculously overpriced tapi sikit dan tak sedap.
Untuk memberitahu dan bersikap riak tentang betapa kayanya kami, kami beli smoked salmon dan turkey ham sandwich, apricot pie dan choc-chip muffin. Di mana? Bukan di bakery murahan ya kawan-kawan. Kami beli di Harvey Nichols. Bukan calang-calang tempat.
Kalau tak tahu sila google.
Ya kami tidak miskin.
Tapi sehebat-hebat makanan seludup kami, ada orang yang lagi hebat.
Orang itu seludup durian.
Sial berbau satu wayang. Nasib baik tayangan lewat malam. Kalau tak dah tentu kena sula.
4 comments:
dia burp kot
Org mkn durian yg burp memang bau kuat
eleh... harvey nichols bakery after 8 punya 50% off kan? *dengki dan menyedapkan hati diri-sendiri*
oh Harvey Nichols,haram gua tak tau..
ha ha ha... lawak yang amat..
Post a Comment