Baru pulang dari menonton 'Bride Wars.' Cerita yang singkat [ tak sampai 1 jam 1/2 ].
Terbayang akan adegan proposal antara Emma [ Anne Hathway ] dan boyfriendnya. Bubuh cincin dalam fortune cookie. Sweet. Romantik.
Proposal yang romantik tu macam mana?
Adakah meletakkan cincin dalam kek tiramisu yang sedang dimakan oleh awek? [ada kemungkinan tercekik dan mati kempunan tak dapat kahwin ] Apa romantik itu adalah dengan menyewa billboard yang menulis kalimat ' Will you marry me?' dengan font yang besar gedabak dan warna yang terang-benderang? [ boleh menyebabkan eksiden sebab silau ] Atau berlutut di tengah-tengah restoran?
Definisi proposal yang romantik bagi aku : buat treasure hunt / peta harta karun kasi aku pulun sikit cari. Tau-tau titik peluh aku menghasilkan buah yang amat manis.
Bagaimana dengan anda? [ kalau anda cowok, cara mempropose ya. ]
By the way aku selalu tertanya-tanya, macamana si boyfriend tau size jari girlfriend dia? Dalam tv asal nak sarung cincin je, sure muat-muat. Tak pernahnya longgar / tak muat. Ajaib.
Oh,
Tadi baru renew pasport di embassy. Sepanjang proses renew tu, aku cuma mengangguk dan tersenyum je bila immigration officer tu ajak bersembang. Kalau jawab pun suara perlahan je. Sepoi-sepoi bahasa.
Aku bukan sombong. Aku cuma tak sempat breakfast pagi tadi.
Takut mulut bau busuk.
2 comments:
Rasanya saya macam dah proposekan untuk diri sendiri je
Tak romantic and memalukan diri bila fikir2 balik
antara jari2 lelaki dan perempuan itu, mesti ada yang sama. Contohnya jari manis gf aku sama besar dengan jari kelingking aku. Tu yang senang mahu ukur tu. Lain kali org lelaki mahu ukur tangan, adalah sebab itu. haha.
Post a Comment