Marah dengan Dr. Hasrul.
Ini marah betul. Bukan marah main-main atau mengada-ngada pura-pura buat-buat marah.
Sudah lah datang lambat 1 jam setengah. Masa yang diperuntukkan untuk exam O&G cuma 3 jam dan ada 4 orang yang harus diuji dan setiap orang harus melakukan 3 prosedur tindakan O&G.
Cuba bayangkan.. [sila pejam mata, kerutkan dahi, dan fokus]
Exam sepatutnya bermula pukul 8, tetapi beliau datang pukul 9.30. Dia ada patient di hospital. Ok takpelah dimaafkan. Kalau awak tahu awak sudah lambat, silalah mulakan ujian dengan cepat dan bukannya berceloteh tentang cucu awak yang suka menyanyi sambil menolak-nolak kerusi ataupun komplen tentang kompeni kad kredit awak kasi diskaun 15% untuk pembelian tiket pesawat komersial dan awak telah rugi sejumlah wang sebab awak beli tiket awal sehari sebelum promo.
Itu namanya takde rezeki, faham? Tidak perlu uar-uarkan ke kami. Tidak perlu sama sekali.
Sudahlah topik tersasar, kami pula tidak diuji. Malahan diajak berdiskusi.
Ok boleh tahan lagi. Dia kan specialist. Banyak ilmu. Anggaplah diri ini bertuah sebab dapat berkongsi tips.
Tapi bila kau cakap kau nak blender aku buat jus [ nama sebenar aku hampir sama bunyinya dengan nama spesis kurma ], ini sudah bikin panas. Pulak kau kata kau tak sempat nak uji prosedur terakhir dan suruh kami datang besok pagi2 untuk ujian, lagi la aku berasap.
Paling aku tak tahan, dengan nada bergurau kau kata kau taknak luluskan aku sampai la jerawat aku pecah.
Woi, kalau dah sentuh bab fizikal, ini sudah lebih. Main kasar nampak. Memang bikin wa panas. Serius wa cakap lu baaiiiii!!
5 comments:
good luck for your exam. make sure fundal height tu measure betoi2.
patutnya, kasi debik jer sebijik. biar dia 'balik asal', maksudnya-supaya dia lebih fokus.. ha ha..:D
(err, harap2 komen nih tak menyimpang.. :|)
nbb : terima kasih.
lonelyroseblack : tak boleh debik. itu durhaka namanya. hehe!!
haha. nad now modul O&G. tiga-tiga class dr hasrul x pegi! hehe. kawan kata, masuk class pun dia lmbat.
N
ah dr.hasrul memang...
Post a Comment