Tuesday, March 29, 2011

Posyandu

Ya adik-adik, hari ini kita belajar satu lagi perkataan baru iaitu 'psoyandu'. Posyandu ialah singkatan daripada Pusat Pelayanan Terpadu. Posyandu ini adalah hasil ilham Presiden Republik Indonesia yang kedua iaitu Pak Soeharto, bertujuan untuk memudahkan orang-orang yang duduk di kawasan terpencil mendapat perkhidmatan kesihatan. Posyandu dijalankan oleh sukarelawan yang terdiri dari ibu-ibu rumahtangga, dan dibuka setiap tanggal 27hb tiap-tiap bulan.

Jadi, sepanjang aku posting di public health, aku diharuskan untuk turun padang mengikuti aktiviti posyandu. Semalam aku ditugaskan ke sebuah posyandu yang terletak di kawasan perumahan yang boleh dikategorikan setaraf dengan setinggan kalau di Malaysia. Tempatnya di dalam lorong sempit. Aku dibawa ke lokasi posyandu dengan menaiki motor. Satu penderitaan untuk si pembawa motor sebab aku berat gila ( aku naik motor je, terus motor tu melendut pastu pakcik tu terus bersuara "Hoh!" sebab terperanjat ) pastu setiap kali lalu atas bumper, air mata pakcik tu meleleh sebab ekzos terseret.

Saya mintak maaf pakcik. Saya janji saya akan ke Fitness First dengan lebih gigih.

Inilah posyandu yang aku pergi semalam.



Dan ini adalah sukarelawan yang melaksanakan aktiviti posyandu.



Posyandu menawarkan 4 hingga 5 perkhidmatan kesihatan iaitu :

  • Kesihatan anak. Di posyandu, anak-anak ditimbang dan diukur tingginya, supaya tahu cukup makan atau tidak. Tapi cara diorang timbang dan ukur tinggi bebudak tu agak sadis la. Aku pun seriau tengok.

Macam timbang buah cempedak


Ni kalau ukur panjang badan untuk bayi


Ukur tinggi anak-anak

  • Rancangan Makanan Tambahan untuk anak-anak supaya dapat cukup nutrisi. Menu berubah-rubah. Kadang-kadang dapat bubur ayam, kadang-kadang bubur kacang hijau. Macam semalam dapat sup ayam + telur puyuh.
Station makanan. Boleh bawak tupperware tapau balik rumah

  • Immunisasi untuk bayi-bayi. Semalam langsung takde bayi yang perlukan immunisasi. Jadi aku hanya lenggang kaki sambil makan kerepek.
Bekalan senjata aku. Tak berusik pun.

  • KB atau Keluarga Berencana. Indonesia mempunyai masalah kebanjiran rakyat, maka mereka disarankan untuk menghadkan jumlah anak. Kondom dan pil perancang diberi secara percuma.



Best jugak turun posyandu. Dapat makan free.

1 comment:

Anonymous said...

orang indon pedalaman tu tau guna kondom ka? lol..