Wednesday, March 23, 2011

Penyuluhan

Hari ni hari menguji kekuatan mental dan fizikal.

Sekarang aku dalam rotation public health, dan aku ditugaskan di Pusat Kesehatan Masyarakat Pasar Minggu, atau nama komersialnya PUSKESMAS. Selain kena standby di klinik, memeriksa patients dan prescribe ubat, aku kena buat research jugak. Oh iya, kena buat penyuluhan jugak. Penyuluhan tu adalah istilah orang Indonesia untuk memberi maklumat dan menambah wawasan, diambil dari kata omputeh 'enlightenment'. Contohnya dengan memberi ceramah. Tapi tak payah bawak lampu suluh.

Maka, aku dan kawan-kawan telah memilih judul 'Hubungan Antara Pengetahuan Gizi dan Pola Makan Dengan Intake Buah dan Sayur di Kalangan Kanak-Kanak Usia 10-12 Tahun'. Tuuuuuu dia...!! Sebatu panjangnya.

Memang research ni memerlukan kesabaran yang tinggi, tambah-tambah bila dapat sorang groupmate yang retarded serta bodoh luar biasa tahap makam tertinggi. Serius sakit hati.

Jadi hari ni kami semua harus turun padang ke sekolah rendah untuk dapatkan sample research seramai 100 orang. Target populasi ialah budak-budak darjah 4, 5 dan 6. Kena timbang berat badan, ukur tinggi, kasi questionnaire pastu kasi penyuluhan sikit-sikit.

Letih dengan stress bila deal dengan budak-budak umur macam tu tak payah ucap la. Susah nak dikawal sampai hilang suara air liur tersembur-sembur jerkah. Ini degil punya tahap yang sampai panjat-panjat meja tak hormat orang tengah bercakap kat depan.







Kasi diorang upah kerjasama sorang sebiji limau.

Habis ceramah, balik rumah, habis semut-semut satu badan. Dahsyat jugak penangan budak sekolah rendah ni.


1 comment:

Anonymous said...

kalau cikgu skolah diaorang takut x?
ke mmg diaorang nak buli bakal2 bomoh ni? :p