Orang bila dah biasa kurus, akan jadi paranoid bila orang tegur yang badannya dah 'kus semangat'.
Contohnya aku.
Ok tak. Aku cuma gurau-gurau. Tak boleh gurau-gurau sila duduk surau.
Contoh sebenarnya adalah mak aku. Semenjak zaman sekolah-sekolah sampai la masuk U sampailah lagi 2 tahun nak pencen ( kalau dia tak extend ), tak pernah wujud dalam memori aku yang mak aku gemuk. Mak aku masih boleh pakai baju zaman anak dara dia. Anak dah 5 orang pun badan kurus melidi jugak.
Anak-anak pula membesar bak johan.
Mungkin mak aku aktif. Atau dia mengalami 'hyperthyroidism'. Makan banyak tapi tak gemuk-gemuk. Tapi mata mak aku tak terjojol keluar seperti penderita-penderita yang lain. Atau cepat dan banyak berpeluh. Ok la aku diagnose mak aku sebagai orang bermetabolisme tinggi.
Sejak mak aku pindah ke Putrajaya dan lebih banyak habiskan masa di pejabat, atau out-station merasmikan majlis itu ini atau mempengerusikan mesyuarat itu ini, mak aku dah bertambah subur. Mungkin sebab terlalu banyak makan buffet di hotel-hotel. Mungkin kerana dia dah jadi pasif.
Tadi mak aku komplen dia risau muka dia dah lebar. Dia bercadang nak beli alat senaman berupa basikal statik dan meletakkan di porch rumah. Bagi aku, itu kurang bernas.
Aku berura-ura nak menyuruh jiran aku membela Rottweiller dan membiarkannya berkeliaran setiap petang.
6 comments:
rottweiler comel weh..silap2 beliau malas berlari... Aku cadangkan Doberman. lebih macho.
NAK KURUSS JUGAKKK (T_T)
wawa sile reveal rahsia kurus anda.
Aku pernah tgk gbr kau dulu dari zana. beza dengan sekarang... dah kurus.
hoh. petua nak kurus --> duduk Hendon then selalu kena cirit-birit. konpem kurus.
petua kurus extreme> makan santau
santau?? gia extreme.
aku cadangkan anjing hotdog bernama gori yang kejar kau dulu...
weh AKU DAH BELI POLO EXPLORER!
Cuki : Hoh. Gori itu haram. Wah kamu sudah ada bau-bauan baru. Syabas!!
Post a Comment