Jumaat malam minggu lepas sewaktu aku standby di ER, kira-kira pukul 4 pagi datang sepasang suami isteri dengan anak lelakinya yang berusia 1 1/2 tahun dengan chief complain sesak nafas dan demam. Setelah soal siasat lebih kurang, dan lakukan pemeriksaan yang sewajarnya, aku suspect anaknya terkena bronchopneumonia dan harus diadmit ke ward.
Setelah menerangkan keadaan anak mereka lebih kurang, aku serahkan hal seterusnya ke nurse sebab aku nak pi sahur. Setelah itu aku tidak mendengar khabar lagi tentang anak itu.
Sampai la hari Isnin petang di mana aku sedang berjalan laju mencari juadah berbuka puasa di luar perkarangan hospital, tiba-tiba aku dihon dari belakang. Rupa-rupanya bapak si anak sesak itu. Ternyata dia masih ingat muka aku. Bapaknya bercerita anaknya masih demam dan batuk-batuk. Aku mula-mula hairan juga sebab aku tak nampak anak dia di ward kanak-kanak. Ropanya anaknya ditempatkan di ward deluxe.
Ya, ward di sini pun ada kasta.
Setelah bertukar cerita dan mengikuti perkembangan anaknya lebih kurang, bapaknya minta no. hp aku. Aku dah peluh besar. Tapi last-last kasi jugak.
Semalam sewaktu aku ngabuburit* di bilik, aku mendapat panggilan telefon dari bapak itu, bertanyakan aku di mana. Aku kata aku tak kerja malam itu. Tengah ada kat bilik. Terus dia tanya rumah aku kat mana. Ah sudaaahhhhh.. Apsal pulak ni.
Ropa-ropanya dia nak hantarkan aku donat buat berbuka. Banyak gila boleh bawak sampai ke sahur. Dan ajak aku ke rumah mereka masa hari raya. Punya la aku excited sebab rasa dihargai.
Excited gila sampai lupa tanya khabar anak dia.
*ngabuburit = membuang masa sementara menunggu waktu berbuka.
3 comments:
awww...
tahniah, dokter yang baik.
:)
bgs je.
seorang doc yg baik ni.
i'm proud of you ;)
will miss u at hariraya.. :|
Post a Comment