Ada orang rasa hairan, takjub dan ujub dengan diri sendiri sebab dicium dan dipeluk oleh nenek tunangnya semasa majlis pertunangan.
Dah tu kau nak apa? Penampar?
Bodoh.
----------------------------------------------------------------------
Aku adalah insan yang sebenarnya tidak boleh diharap.
But still, orang masih percayakan aku dan mahu aku menggalas tanggungjawab. Dari kecik dah macam tu. Darjah 1 aku jadi ketua darjah. Darjah 2 aku jadi penolong, lepas tu Cikgu Hani suruh aku jadi konduktor orkestra sekolah ( yang terdiri dari pemain seruling, kerincing, kayu tik-tok, klarinet, dan lain-lain ). Apa kejadahnya? Aku bukannya reti baca note taugeh tu. Ujian muzik pun fail memanjang. Banyak lagi la jawatan yang aku pegang sepanjang sekolah rendah. Paling dahsyat, aku jadi headgirl masa darjah 6. Perggghhh!! Aku bukannya buat kerja pun. Mengarah pun tidak. Bantai korang la nak buat apa. Aku lebih yakin mengendalikan tampuk kekuasaan seperti tu. Kalau orang bawah senang hati dengan kita, nescaya dia akan hormat dan dengar kata kita. Aku pun selalu bersekongkol dengan rakan-rakan. Panjat pokok mangga sekolah la, ponteng kelas tambahan la, bergaduh la.
Mungkin aku dapat kepercayaan sebab orang-orang sekolah kenal mak ayah aku. So? Kau ingat mak ayah aku terpercaya, aku pun sama la ye? Ia tak dapat diwarisi la baii.. ( mcm lagu 'Iman Mutiara kumpulan Hairan la pulak)
Aku sebenarnya penjenayah kat sekolah. Hati busuk. Team bola sepak kelas aku kalah masa liga post-UPSR pun aku angin bila bebudak kelas lain kutuk. Aku mark sapa yang kutuk paling kuat. Hasilnya, sorang budak tu tayar basikal dia pancit, pastu basikal dia diterbalikkan. Yang sorang lagi free-free je dapat tittle 'anak angkat babi' pastu aku conteng nama dia berserta tittle tersebut kat public phone. Pastu kebetulan 'anak angkat babi' tu mak ayah dia tokey kantin sekolah. Silap besar la. Malam tu jugak aku cari cicak, nak letak dalam sup nasi ayam mak dia. Style mak dia, kalau hari jual nasi ayam, mak dia akan letak periuk sup atas meja tepi kaunter. Time aku nak letak cicak tu la elok pulak ada atuk jual kuih kat meja tu. Sebelum-sebelum ni tak pernahnya wujud. Bengang aku.
Belum masuk lagi kes aku nak racun kebun sayur sekolah hasil usaha Cikgu Kong (cikgu matematik) sebab aku bengang dia bantai aku gara-gara lupa suruh ayah aku sign kertas ujian. Kan dulu-dulu ada cop yang tulis 'Sila lihat kemajuan anak tuan/puan' pastu mak ayah kena tandatangan. Aku dapat perfect score pun takde timbang rasa. Entah ke mana hilang kewarasan dia. Tapi untuk melampiaskan rasa dendam kesumat, aku pun berlari di jalan raya di samping kebun sayur kesayangannya sambil menjerit " Kong gaayyyyyyy!!!!".
Puas.
Sekolah menengah pun nasib aku tak berubah. Form 1 aku kena berdiri kat sudut kelas time Maths gara-gara Cikgu Foadi tuduh aku bercakap masa dia mengajar.
"Azwa, nah amek ni pastu mengajar kat depan," kata Cikgu Foadi sambil menghulurkan rotan kontotnya ke aku. Aku blank.
" Apsal cikgu?"
" Kamu cakap apa dengan Fizah tadi?"
" Saya tak cakap cikgu. Dia tunjuk saya benda pastu saya angguk je la."
" Oooo.. Menjawab ye," kata Cikgu Foadi sambil mengacu-acukan rotan kontotnya ke arah aku.
" Saya bukan menjawab cikgu. Saya cuma menerangkan je," balas aku. Dan-dan dia jerkah aku kata aku kurang ajar pastu suruh aku join Bhavik yang memang dah sedia berdiri kat sudut kelas sebelum itu sebab bercakap.
" Pergi berdiri sana dengan puak-puak kamu tu!!"
Kurang ajar ke aku buat macam tu?
Form 2 satu kelas aku kena sebat sebab main perang-perang baling kek masa farewell party kawan aku yang nak pindah. Tapi aku tak kena sebat, malahan disuruh melaporkan sapa yang terbabit dalam insiden tu. Depan kawan-kawan pulak tu. Macam sial je Cikgu Balakrishnan penyelia petang tuh. Memang aku tak report la. Gila nak jadi pengkhianat kawan-kawan? Tapi kitorang sume gentle mengaku sendiri, dan aku tetap tak kena sebat. Diskriminasi mungkin? Aku campak beg sekolah budak atas bumbung sekolah. Kena kejar dengan cikgu disiplin sebab main roller-blade dalam court tennis. Aku pecahkan stink bomb dalam kelas. Aku pernah jadi tukang kebun sekolah isi tanah dalam beg politena hitam pastu kena jemur tengah panas sebab ponteng kelas tambahan PMR.
Hasilnya aku kena wakil sekolah untuk chess, sukan, kuiz, debate, choral-speaking, masa Form 4 aku dilantik jadi setiausaha badan pengawas sekolah. Tak paham aku.
Diorang ni buta ke apa?
3 comments:
aku rase sebab kau tinggi. sebab tu dipandang tinggi.
eh, tp mmg kebanyakan pengawas tinggi. pemerhatian aku la.
aku ni walau skima, nerd, budak patuh arahan,jalan iokut barisan, potong kuku hari isnin, tp sebab pendek... jgn kan pengawas, ketua barisan meja dlm kelas pun tk pernah.
biasanya, budak nakal2 tu la otak advance sket, maju lantas disuruh jadi wakil pepe.
pengalaman tu, rugi arr tak jadi nakal masa sekolah. Nakal takpe, asal pekse berbaris A.
n statement atas pasal kene peluk cium tu, macam aku tahu sape.kakaakak.
huhu!
been there done that, with u.. =)
Post a Comment