Friday, November 4, 2011

Revo'd II


' It is early.. But it feels right, somehow..'

That really made my day.

Wednesday, November 2, 2011

Revo'd

Boleh dikatakan sudah settle dengan urusan JPA dan SPA. Menunggu masa untuk panggilan induction.

Tak banyak yang aku nak sekarang. Cuma berharap Tuhan kasi aku lebih masa untuk aku move on, dan nikmati hidup ini, sebelum mulakan fasa baru dalam hidup.

After 9 years, only now I have the chance to get to know him better.

Fresh start :-)

Wednesday, September 21, 2011

Gerak Khas

Today is the day I will remember.

Kena follow dengan patrol car siap nyala-nyala lampu polis cakap thru pembesar suara " Kereta perdana! Kereta perdana sila berhenti di tepi jalan!"

Serius rasa macam penjenayah.

Thanks Arai, sebab guna hp masa memandu, sebab tunjukkan kuasa kad kuasa awak tu, and exposekan saya dengan experience ni. Sembah awak!

Monday, July 18, 2011

Agenda

3 hari penuh keriangan.

Jumaat ada kenduri tahlil kat kampung. Jemput jemaah Jumaat datang baca Yasin lepas solat Jumaat then lunch. Meriah jugak la siap pasang khemah segala. Sampai cousin aku yang separuh Melayu tuh confuse dan tanya " Who is getting married?". Dan acara kenduri disusuli dengan acara menembak kerbau pendek yang tersesat depan rumah uwan. Mungkin kerbau pendek tersebut tersilap percaturan - mengirakan dirinya akan selamat kalau bermain-main di rumah orang Islam ( sebab orang Islam tak makan kerbau pendek ). Ternyata dugaannya meleset.



Riang sungguh hati Cina pekan Kota dapat makan juadah istimewa secara percuma.

Sabtu pergi main paintball di waktu pagi, dan petangnya menjerit sampai hilang suara di Stadium Bukit Jalil.



Ahad lepak rumah Kak Long dan membuli anak-anak buah.

Kalaulah dapat cuti lama-lama, dan hari-hari dapat buat benda-benda macam aku buat tu, sure best. Tapi aku takde duit. Belajar pun main hutang-hutang dengan gomen.

Monday, July 11, 2011

Sugar Rush

Hari ni hari ketiga aku kat Malaysia.

Cuti 3 minggu. Awal bulan Ogos balik lagi ke Jakarta kena attend 2 weeks occupational health course yang tidak ada makna yang signifikan untuk mahasiswa Malaysia macam aku. Tapi sebab dia dah ada dalam pakej, ikut je la.. Nanti seminggu sebelum raya balik Malaysia lagi. Lepas tu kena balik Jakarta lagi. Bulan Oktober angkat sumpah kat sana. Bila boleh balik for good pun tatau la.

Sekarang hari-hari aku breakfast makan durian. Jakun sungguh.

Belum ada apa-apa plan sempena cuti 3 minggu ni. Jumaat ni ada kenduri arwah kat kampung, jadi aku syak makcik aku pasti lantik aku jadi pemandu rasmi ke Mydin atau mana-mana pasar beli barang-barang untuk persiapan. Pakcik aku pulak dah sambung balik projek kolam ikan dia. Besok atau lusa paip sampai. Kitorang nak sambung paip dari air gunung langsung ke kolam. Air fresh punya. Tiada campuran bahan kimia ataupun pengawet buatan. Aku mungkin pegang jawatan mandur sebab aku tak kuat angkat paip.


Cuti 3 minggu. Menganggur. Duit takde. Aku hina dina.


Thursday, July 7, 2011

Kumbang

Hey, you there.

Saya tak kisah awak nak poke saya sampai saya bocor. Tolong la poke saya hari-hari.

Sebab perasaan suka sudah mula bertandang.